Wednesday, May 19, 2021

TUMBANGNYA PEMERINTAHAN PH DAN BANGKITNYA PEMERINTAH PINTU BELAKANG (BAB 1)

SEBERMULA, maka apabila Tun Mahathir mengistiharkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri Malaya pada Mac 2020, negara sekali lagi digegarkan dgn ketidaktentuan halatuju politik dan dilema tadbir-urus. Punca perletakan jawatan itu dikatakan urutan dari tindakan Muhyiddin Yassin membawa Parti BERSATU keluar dari komponen PH melalui "Konspirasi Sheraton"  dgn menubuhkan komponen baru yg digelar Perikatan Nasional (PN). Pakatan ini telah berjaya membawa masuk BN dan PAS utk mendapat majoriti kerusi Parlimen. Konspirasi itu berjaya.  Akibatnya, PH kehilangan majoriti walaupun tipis. Pada amalan politik sekarang, walaupun anda cuma lebih satu kerusi, anda dikira layak utk bentuk pemerintahan. Itu disebut sebagai "majoriti mudah" (simple majority) - sesuai dgn amalan politik Westminister barat... 

Syahadan, dahulu negara amat prihatin terhadap majoriti dua-pertiga (66.6% atau 148 kerusi). Mengapa? Ini kerana - menurut Perlembagaan, apa saja dasar yg hendak diluluskan oleh Parlimen wajib mencapai skor dua-pertiga undi - barulah lulus. Tapi hari ini kalau anda beroleh 112 kerusi (dari 222 kerusi), anda boleh bentuk kerajaan baru. Tentang dasar - samada lulus atau gagal, itu tolak ketepi. Yg penting, anda sudah berjaya membentuk pemerintahan, jadi PM, menteri atau pecacai-pcacai yg lain. Pangkat anda sudah tinggi, gaji/elaun anda sudah besar, kuasa dan status quo anda amatlah digeruni... Jika anda berhenti dari jadi menteri pun, anda akan dibayar RM200K. Jadi, apa takut? Hatta, itulah yg berlaku...

Sayugia, maka, Muhyiddin bersegeralah menghadap YDP Agong utk mohon restu membentuk pemerintah baru dgn beliau merangkap perdana menterinya. Tapi Agong masih berfikir panjang. Kenapa tidak Mahathir sahaja terus kekal dgn jawatan itu - sebab, tiada masalah pun dgn Mahathir. Beliau cukup sihat, cerdas, tidak nyanyok dan beliau adalah bos besar BERSATU. Lantas baginda segera membuat "survey" akan siapakah yg paling cantik atau paling glamor di Parlimen pada ketika itu utk dijadikan PM. Tidak nyata siapa paling popular pun - lantaran barangkali terlalu ramai yg mencalonkan diri-sendiri sebagai PM...gamaknya? Jadi, terpaksalah kembali pada fakta hitam-putih - iaitu komponen mana paling ramai MPnya. Takdirnya, pada ketika itu PN ada kelebihan beberapa kerusi setelah geng UMNO berbondong-bondong bersekongkol masuk PN. Maka dimasyhurkanlah bahawa PN adalah pemerintah baru negara dan Muhyiddin sebagai "kepala"nya. Terlalu mudah, bukan?

Arakian, maka oleh Muhyiddin. bersegaralah dilantik pacal-pacal yg telah bertungkus-lumus menyokong beliau utk diberi pelbagai jabatan, jawatan dan gelaran sementara menteri-menteri yg lama yg enggan "membai'ah" beliau segera dinyahkan dari sarang masing-masing. Adapun, hari ini sudah ada 32 menteri dan 38 timbalan dalam kocek beliau. Yg tak pernah masuk PRU14 pun diberi jawatan menteri atau timbalan. Hatta, yg terlingkup dalam PRU14 pon diberi jawatan berkenaan. Pokoknya, asalkan mereka sanggup tunduk membai'ah beliau. Senang cerita... Tapi ada pihak mengkritik bahawa jumlah menteri/timbalan seramai itu akan pasti membebankan kewangan negara. Ini kerana gaji dan elaun yg dibayar sebagai upah "bai'ah" bukanlah kecil. Ianya antara RM80K ke RM120K sebulan - belum termasuk elaun2, tuntutan2, gaji MP, gaji senator dan macam-macam imbuhan lagi...

Syahadan, tersebutlah kisah pendamik covid-19 yg sudah menyerang seantero dunia sejak seawal 2019. Sementelah, maka dijadikanlah alasan bahawa DHARURAT perlu diistihar demi mengekang pendamik itu. Pada mulanya Agong tidak setuju lantaran impaknya adalah terlalu besar utk rakyat. Memadailah dgn "total lockdown" - yg cukup efektif utk mengurangkan tularan wabak. Alkisah, sebelum itu, melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Muhyiddin berserta kabinet yg sarat dgn pelbagai jenis otak sejukbeku, berkarat, sempit dan separa nyanyuk telah mencipta berbagai konsep "lock-down" (lawan kpd "lock-up"..) seperti PKP, PKPD, PKPP pada membenteras wabak tersebut. 

Arakian, dlm keghairahan tersebut, pilihanraya Negeri Sabah pun dilaksanakan - yg menyaksikan pergerakan besar-besaran oleh pelbagai jenis binatang politik dari Semenanjung ke negeri itu. Hasilnya, bangkitlah gelombang kedua covid yg memaksa negara sekali lagi mengistiharkan lock-down. Hasil dari situasi ini telah dieksploitasi dgn baik oleh Muhyiddin utk sekali lagi bermohon supaya Dharurat diistiharkan dgn segera. Adapun ini sesuai dgn senario pemerintahan beliau yg semakin hilang populariti dan terpaksa bergantung hidup melalui "penutupan" Parlimen buat sementara waktu. Dan, itu hanya boleh dilakukan melalui pengistiharan undang-undang Dharurat. Akhirnya endorsemen telah diberi - tanpa mengetahui apakah kesudahannya kpd kebajikan rakyat dan negara... 

(...sambungan di BAB 2..)


 

Sunday, May 10, 2020

AKHIRNYA AKU MASUK ASKAR..!

Alkisah, maka saat-saat kritikal yg melanda telah memaksaku bekerja sebagai buruh binaan dan buruh estet. Aku perlukan dana utk terus memohon kerja tetap. Sebelum ini, banyak yg telah diusahakan termasuk menghantar pelbagai dokumen permohonan, temuduga dan lain-lain. Tak semudah itu rupanya. Dan, pengangguran adalah musuhku yg paling ketat! Banyaklah duit yg telah dileburkan. Tapi hasilnya kosong. Banyak kali aku terpaksa tumpang teduh di rumah saudara-mara terutama rumah Kak Ros (wafat - 2007)/abang Shahadan (wafat - 2005) di Buloh Kasap. Aku tidak malu2 menceriterakan fakta ini kpd semua... 

Antara jawatan2 awam yg pernah dipohon ialah kerani. Itupun gagal. Aku pernah jadi guru sandaran di sebuah kolej swasta di Segamat tapi hanya utk satu hari sahaja (aku sendiri yg tarik diri kerana 3 faktor: tidak cukup bersedia utk jawatan seberat itu; enggan menipu pelajar; enggan tipu diri-sendiri..!). Aku juga sudah dua kali gagal ke maktab perguruan. Kali ketiga - utk program guru musik di Maktab Perguruan Ilmu Khas - aku cukup optimistik. Tapi aku malas nak ke sesi temuduga kerana ia dijalankan di Johor Bharu. Aku malas naik keretapi jam 2 pagi utk ke sana! Tetapi punca sebenar kemalasan itu ialah - aku baru saja kembali dari temuduga bakal pegawai kedet Tentera Darat - yg mana aku cukup optimis boleh lolos dan akan ke Sekolah Pegawai Kedet...!

Sahibul hikayat, temuduga kedet itu dijalankan  di Pusat Latihan Askar Wataniah (kini disebut PUSWATAN) di Tambun, Ipoh Perak pada hujung tahun 1980 selama 10 hari. Sesi temuduga selama 10 hari ini adalah sesuatu yg cukup 'demanding' dan 'menyeramkan'. Apa tidaknya, dari seramai hampir 300 yg lapor temuduga, lebih separuh dihantar pulang petang itu juga - kerana GAGAL UJIAN IQ. Keesokan harinya sebahagian lagi dihantar pulang kerana kegagalan lain. Pada hari ke 9, hanya segelintir sahaja yg berjaya ke ujian akhir - iaitu TEMUDUGA TKC... Pada waktu makan sempat juga aku bersembang dikalangan kami yg hadir temuduga kedet. Rupanya, ada yg telah beberapa kali memohon pegawai kedet  dan hadir sesi temuduga sebelum ini tetapi gagal terpilih. Dan, latarbelakang mereka pun pelbagai. Antaranya, ada penari kebudayaan negara, polis, penganggur, penagih dadah dan macam-macam...

Dan, sebenarnya aku bukanlah serius sangat nak jadi askar. Terus-terang, aku memang tidak terlintas nak masuk askar. Ini kerana ASKAR bermaksud AZAB-SENGSARA-KARENA-RINGGIT....! Dalam bahasa tegak - aku terjebak! Jadi askar bagiku hanya SATU KEBETULAN semata-mata. Sebenarnya aku lebih cenderung pada perguruan yg lebih menjamin masadepan. Tapi aku mungkin telah dikaburi oleh jumlah elaun bulanan yg bakal dinikmati oleh seorang pegawai kedet - iaitu sebanyak RM450 sebulan (ini sama dgn RM2250 hari ini!) Itu adalah suatu angka yg cukup besar pada ketika itu berbanding gaji seorang guru maktab, penghulu mukim atau lulusan diploma (iaitu cuma RM295-RM325 sebulan!). Aku fikir dgn elaun sebanyak itu, kemelesetan hidup yg tertanggung selama ini dapat dilangsaikan, kononnya...! Apatahlagi gaji bulanan sebanyak RM700 (sama macam RM4000 hari ini) jika berjaya ditauliahkan nanti....??

Arakian, pada Disember 1980 aku terima surat tebal dari KEMENTAH berisikan pemberitahuan lulus temuduga, arahan lapor diri pada 1 Februari 1981 serta waren keretapi utk ke Seremban dan seterusnya ke Port Dickson. Bingkas aku buat persiapan rapi termasuk latihan fizikal awal. Al-maklumlah, manalah tahu, kalau-kalau di hari pertama melapor pun sudah kena lanyak sampai tercirit-birit? Hatta, jadi, aku perkemas kekuatan mental dan sebagainya dgn merentas desa, panjat pokok dan terjun sungai hampir setiap hari. Ayah (wafat - 2000) dan mak (wafat - 2008) memang tak kisah aku masuk kedet. Bangga pun tidak. Sebab, mereka belum tahu apa akan terjadi selanjutnya....

Sebermula, tarikh lapor diri pun sampai. Pagi-pagi lagi ayah sudah mengiringi aku ke stesen keretapi Bekok dgn basikalnya. Tapi kami cuma berjalan kaki sahaja dan di karier basikal itu sudah aku letakkan sebahagian dari bagasiku. Selesai menukar waren kpd tiket, kamu duduk menanti hingga keretapi tiba. Ini adalah perjalanan kedua paling panjang selepas ke Ipoh kelmarin. Keretapi lewat tiba. Setibanya aku di stesen Seremban, hari sudah suntuk. Sudah ada trak tentera berserta koordinator dari Sekolah Pegawai Kedet (SPK) yg menunggu disana. Apabila tiba di SPK, waktu sudah lewat tengah malam. Kami diagih-agihkan ke bilik sementara utk berehat pada malam itu. Dan, untuk pertama kali buat sekian lama, itulah antara hari yg paling panjang dan selekeh - kerana aku tidur tanpa mandi, dgn perut kebuluran, minum tak tentu, buang air tanpa sempurna istinjak dan tanpa rutin harian yg normal di kampong - persis seperti pengemis yg bergelandangan...! Tapi akhirnya dapat aku 'membayar qadha-hajat' dengan memuaskan bila seorang kedet senior bangkit dari tidur dan memberitahuku lokasi bilik air 'yg ada airnya'....!?

Keesokan harinya hiruk-pikuk sudahpun bermula seawal subuh sadiq. Bilik mandi 'yang ada air' dan jamban 'yang berair' menjadi rebutan ramai. Ini satu fenomena baru! Bagaimana begitu banyak jamban dan bilik air yg ketiadaan air? Kalau sekadar tidak mandi pagi, itu cerita biasa. Tapi bagaimana nak sempurnakan qadha-hajat dengan sempurna kalau tiada air? Jika sekadar 'air kecil', boleh tahan lagi. Tapi kalau 'air besar' dan 'tercirit', ini satu kes berat. Tissue paper pun tiada. Hatta, tiada pilihan melainkan meringkaskan serba-serbi dan percepatkan aktiviti. Anda kini berada di SPK. Anda mahu masuk askar? Nah, inilah dia 'salam pengenalan' untuk anda!

Setelah berpakaian kemas, bertali leher dan berdokumen lengkap, kami terus dibariskan dalam satu kontigen panjang menuju ke 'Dewan Makan SPK'. Disitu telah terentang meja-meja panjang berserta bungkusan-bungkusan dokumen yang bakal diedarkan kepada kami. Sebelum itu kami diberi waktu untuk bersarapan pagi. Tamat waktu sarapan, kami terus melengkapkan borang-borang yang diedarkan oleh TKC. Antara yang terpenting ialah dokumen akujanji dan sumpah perkhidmatan.

Selesai cop SEPULUH JARI dimaktubkan, semua salinan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan awam diserahkan kepada pihak TKC. Setelah semua proses disempurnakan, kesemua 'bakal pegawai kedet' dihimpunkan dalam satu dewan yang panjang bersama-sama dengan staf jurulatih untuk upacara pembacaan ikrar dan angkat sumpah - di Kem Sebatang Karah. Alhamdulillah. Sebelum gelincir matahari, segala aktiviti utama pada hari itu telah disempurnakan dengan lancarnya...

Hatta, pada tanggal 02 Feb 1981, sempurnalah aku menjadi seorang PEGAWAI KEDET TENTERA DARAT di SPK, Kem Sebatang Karah. Hari ini aku - seorang anak kampong - telah bersedia untuk dilanyak sehingga lumat bagai cacing tanah.....!

...AKHIRNYA AKU MASUK ASKAR....!!!


Tuesday, April 30, 2013

BAGAIMANA KALAU BARISAN NASIONAL (BN) TUMBANG?

APA AKAN JADI kalau BN tumbang? Adakah negara ini akan turut tumbang? Adakah segalanya akan hanya tinggal rintitan sejarah utk ditatap oleh suatu "puak purba" di zaman akan datang? Seribu-satu persoalan akan dipersoalkan... Apa natijahnya kalau BN benar-benar tersungkur di pentas politik negara? Tidak ramai yg berminat utk membincangkan hal ini. Apatah lagi bagi "suku-sakat BN" serta mereka yg bersekongkol dgn partai-partai dlm persepakatan itu.... Bagi mereka BN ialah "talian hayat" mereka.... Tanpa BN, periuk-nasi mereka akan gersang....dapur tidak mungkin berasap...

Mari kita soal kembali: Adakah negara ini akan sirna dgn sirnanya kuasa BN? Jawabnya: Tidak. Mengapa tidak? Lantaran kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Sesiapa pun boleh "memerintah" selagi rakyat setuju utk "meminjamkan" mandat utk memerintah. Ini kerana kuasa mutlak bagi sesebuah demokrasi itu ialah ditangan rakyat. "Kedaulatan" itu terletak ditangan "rakyat". Tetapi jika negara ini mengamalkan sistem monarki atau otoritarian atau fasisme, sudah tentulah lanskap sosiopolitik akan berubah secara 360 darjah (secara revolusi..) jika pemerintah sekarang tumbang kpd kuasa yg baru.... Masuk akal atau tidak...?

Tapi kekalutan yg dipaparkan didada akbar serta media massa atau Internet pada hari ini bolehlah disimpulkan sebagai suatu senario yg disengajakan demi menerbitkan kegelisahan atau debaran dikalangan masyarakat sivil. Gunanya ialah, agar mereka gagal utk berfikir secara tenang. Dengan itu, mereka tidak akan berupaya utk membuat keputusan paling berani dalam pilihanraya umum nanti. Sudah tentu mereka akan memilih "jalan paling selamat" (kononnya...), iaitu mengekalkan pemerintah sedia ada.... Dlm andaian mereka, itu lebih selamat. Ini dinamakan "ketidakmatangan politik".... Ia juga disebut sebagai mentaliti "konservatif" (conserve: memelihara atau mempertahan; conservative: fahaman mempertahankan sesuatu yg berkepentingan..). Golongan yg bakal menjadi sasaran ialah generasi "baby boomers" yg telah melahirkan generasi 'X'. Secara teori, generasi "baby boomers" lebih cenderung kpd ketenteraman dan keamanan. Mereka tidak akan memilih huru-hara sebagai cabaran baru dlm kehidupan kontemporari... 

Sebenarnya mana-mana parti atau pakatan parti boleh mengambil peluang dari "ketidakmatangan" rakyat dlm memahami politik. Sebagaimana sebiji dadu, sesiapa pun boleh "menang". Terpulanglah kpd "nasib" empunya badan. Si Luncai (kah?) atau Si Pak Belalang (kah?) atau Sang Buaya (kah?) yg akan menang dlm gelanggang ayam sabung nanti. Mungkin ada banyak lagi "ayam-ayam tambatan" lain yg turut mencuba nasib dan bertarung di gelanggang itu. Sudah pasti semuanya akan cuba menangguk di air yg sengaja dikeruhkan itu.... Masuk akal...?

Statistik memperlihatkan bahawa PR lebih popular diperkatakan dlm media...
 
Hati-hati wahai "pecinta kuasa".... Jangan cuba memanipulasi masyarakat sivil dgn retorik anda. DEMOKRASI bermaksud "rakyat berkuasa" atau "memerintah"....bukannya parti..!

Jadi, bagaimana kalau BN tewas dlm PRU 13 nanti? Adakah ketenteraman negara turut tumbang sebagaimana diwarwarkan oleh para wartawan dan broker media yg tidak bermaruah? Apakah kedaulatan kita akan runtuh tergadai seperti yg dicanangkan oleh politikus dan broker-broker kuasa yg pengecut dan cukup berkepentingan? Apakah negara ini hanya tinggal sejarah sepertimana andaian sarjana-sarjana palsu yg dibayar gaji utk berdusta?

Masyarakat hari ini bukan lagi sejahil atau sekolot dahulu. Walaupun masih ramai yg berfahaman konservatif terutamanya golongan tua, namun mereka bukanlah terlalu ortodok utk berfikiran terbuka serta menerima realiti sosial negara ini. Hari ini masyarakat pada amnya telah faham dan dapat menerima hakikat bahawa kita hidup dalam sebuah negara yg telah ditakdirkan memiliki masyarakat majmuk. Sejarah hitam penjajahan yg berlarutan sejak tahun 1511 hingga 1957 (446 tahun..!) diikuti oleh gelombang neoimperialisme yg bersinambungan sehingga kini tidak mungkin akan mengembalikan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Lantaran itu, masyarakat (terutamanya pribumi) sudah mula belajar utk menerima takdir Allah Taala bagi negara ini...meskipun ianya pahit utk ditelan...!



Sampai bila Parlimen mahu menjadi tempat wakil2 rakyat bertengkar dan berdengkur....??

Namun, disebalik tabir kecamuk pemikiran dan ideologi yg diperniagakan oleh sang politikus, masyarakat masih berupaya utk berfikir serta melihat kebenaran sosial yg harus wujud dan dipertahankan oleh masyarakat itu sendiri. Memang benar, masyarakat (atau orangramai atau rakyat....!) perlu mempertahankan "kedaulatan" atau "status quo" atau "kuasa" mereka sendiri jika sang pemerintah atau politikus yg diberi mandat sudah tidak mampu "menyelamatkan" mereka... Ini kerana, pada hakikatnya rakyatlah yg menentukan segala-galanya dlm sebuah wilayah yg mengamalkan demokrasi...!

MAKA, bagaimana kalau BN gugur dari takhtanya setelah lebih 56 tahun di persada kuasa? Barangkali anda sudah mampu utk menjawabnya sendiri persoalan sedaif ini...!

Tuesday, March 5, 2013

LAHAT DATU: KONSPIRASI ATAU REALITI?

Pada mulanya ia hanya suatu INSIDEN. Tetapi hari ini ia sudah bertukar menjadi "krisis". Soalnya, siapa akan menetapkan ia sebagai suatu INSIDEN atau KRISIS...? Tiada lain dan tidak bukan, para ahli teori yg bersepahan disana-sini...yg cuba memperlagakkan kepakaran dan keilmuan masing-masing. Ia dimarakkan lagi oleh kaki-kaki ketentong dan broker-broker murahan. Maka, konklusinya, wujudlah persetujuan bahawa kes pencerobohan di Lahat Datu adalah suatu "krisis"....

Tapi itu tidak penting... Yg penting, mengapa benda karut seperti ini boleh muncul secara tiba-tiba? Dimana silapnya? Mungkinkah kerana matapelajaran SEJARAH semakin dimertabatkan pada hari ini maka orang sudah tahu banyak perkara tentang sejarah salasilah keturunan dan darjat masing-masing? Dan, natijahnya, orang mulai menuntut "hak" masing-masing sesuai dgn pangkat dan darjat yg pernah tok-nenek mereka sandang dulu?

Ia kelihatan cukup mudah, bukan? Lantaran kerana tok-nenek, moyang atau "monyit" kita dahulu pernah menjadi raja, maka kita pun berhak menjadi raja...? Atau, paling tidak pun, berhak mendapat elaun kerabat atau beberapa bidang tanah atau lesen balak atau.........? Dalam ertikata lain, sistem monarki akan terus kekal berkuasa dan berpengaruh hingga kiamat....?

Hentikanlah pemikiran karut ini. Kuasa itu hanya milik Allah Taala. Jika Dia ingin memberikan kekuasaan kpd seseorang, akan diberikan-Nya dgn secara kemahabijaksanaan-Nya. Jika Dia ingin merentap kekuasaan itu dari milik seseorang, akan direntap-Nya dgn segala kemahakuasaan-Nya. Jadi, tuan-tuan yg masih berangan-angan utk menjadi raja atau sultan pada suatu hari nanti silalah melupakannya buat sementara waktu (jika tidak mampu melenyapkannya terus...). Tenangkan fikiran. Kita ini cuma makhluk Allah yg serba lemah, hina, daif dan alpa. Apa yg kita kejar hanyalah fantasi ciptaan materialisme. Kita mengejar kuasa demi membolot segala hazanah yg terdedah dan terkangkang didepan mata.... Itulah realitinya. Pada realitinya kita jarang jujur pada diri sendiri.... Dan, kita tidak akan puas dgn apa yg ada....!

LAHAT DATU yg dahulunya tenang kini telah menyaksikan pertumpahan darah. Semakin banyak nyawa yg dikorbankan atas nama "perjuangan suci". "SUCI"...? Benarkah ianya SUCI? Atau, kita telah dikeliru dan disesatkan oleh jiwa dan pendirian yg sesat? Cuba fikirkan fakta ini: Yg dibunuh ialah orang Islam; Yg membunuh ialah orang Islam; Yg terancam ialah umat Islam, watan milik Islam dan negara Islam. Jadi, kita masih mengganggap perkara ini sebagai suatu "perjuangan suci"...?


Setelah lebih 55 tahun merdeka, kedaulatan Malaysia mulai diuji oleh sejarah silam yg penuh dgn teka-teki....

Gambar ini menggambarkan wajah aristokrat kesultanan Sulu (diambil sebelum 1936)

Penjajahan Amerika Syarikat telah mengubah lanskap politik kesultanan Sulu utk selamanya....

Hari ini mereka menuntut "hak" mereka dikembalikan...

"Negara" mereka perlu dirampas kembali dari "penjajahan"...biar putih tulang......jgn putih mata...
 Apa yg dapat anda lihat dalam gambar diatas ialah: penjajahan telah merombak lanskap politik dan kewilayahan di rantau ini. Dan, bagaimana penjajahan terjadi? Mungkinkah ada konspirasi di peringkat tertinggi? Atau, anda sendiri yg menjemput mereka datang menjajah wilayah anda? Dalam kebanyakan hikayat raja-raja Melayu, sang penjajah tidaklah datang menjajah secara tiba-tiba. Sebaliknya ada faktor-faktor penting yg telah menyebabkan penjajahan terjadi. Ada susunan kronologi yg memperlihatkan bagaimana lenyapnya kuasa raja-raja Melayu atau mana-mana raja didunia ini. Antara faktor-faktor terpenting ialah raja-raja yg zalim, brutal dan menindas hak rakyat. Firaun telahpun dilenyapkan. Sultan Mahmud Shah (raja terakhir kerajaan Melayu Melaka) tumpas ditangan Portugis. Kesultanan Pagaruyung tewas dibawah tekanan rakyat yg bersekongkol dgn Belanda.... Bukalah buku sejarah dunia... Banyak pelajaran yg kita boleh belajar dari situ...

Namun begitu, dgn perkembangan neoimperialisme yg semakin canggih pada hari ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan konspirasi diperingkat yg lebih tinggi. Teori konspirasi kadangkala terlalu bersifat kontroversial. Tetapi kita tidak disuruh utk mempercayai teori-teori seperti ini. Yg harus diperhatikan ialah cara kita bertingkahlaku dan berfikir sebagai seorang warganegara yg merdeka. Kita jangan mengambil mudah.  Jika kita melalaikannya, tidak mustahil bagi negara dan wilayah kita ini utk terjajah buat ke sekian kalinya. Nilai sebuah kemerdekaan adalah terlalu mahal. Lebih mahal lagi jika ia sudah terlepas ketangan orang lain. Jadikan Singapura dan tragedi Pulau Batu Putih sebagai pengajaran terbaik utk kita... Oleh demikian, Jangan sekali-kali memandang remeh soal kenegaraan, kedaulatan dan pengisian kemerdekaan.

Berbalik kpd tragedi di Lahat Datu, kita hendaklah "benar-benar" berhati-hati. Kita tidak tahu apa sebenarnya yg tersirat disebalik slogan-slogan yg diperjuangkan. Tetapi, diketika yg sama, kita tidak mahu Islam berperang dgn Islam. Atas nama apa sekalipun, tuntutan agama hendaklah didahulukan. Kita hidup berasaskan panduan Al-Quran dan Hadith. Jadi, mengapa tiba-tiba kita mengubah haluan? Kita jadi semakin jauh dari realiti. Dan, kita berani menolak ketetapan Allah Taala dlm menyelesaikan sesuatu isu yg menyentuh kepentingan umat Islam sedunia...?

Jadi, sebelum situasi menjadi kian parah dan terlanjur, pulanglah ke pangkal jalan. Dan, berundinglah secara paling matang berpandukan  roh Islam yg suci murni. Jangan biarkan golongan kafir menangguk di air yg keruh. Kelak kita sendiri menanggung bencananya. Pergunakan akal dgn betul. Agar kita selamat didunia dan di akhirat... Ws.. 

Sunday, February 24, 2013

KEGILAAN MENULIS TENTANG POLITIK

Kebelakangan ini wujud suatu fenomena yg semakin ketara dikalangan masyarakat blogger, pemilik akaun Facebook ATAU pemilik akaun email: bercakap tentang politik. Tidak salah kalau ia bersandarkan ilmu. Yg menjadi masaalah, ramai yg menulis tanpa dokongan ilmu. Hinggakan konsep yg terlalu mudah menjadi celaru, keliru dan kacau-bilau. Bukan sekadar mengelirukan para pembaca, malah mereka sendiri terkeliru dgn apa yg mereka tulis. Sudah tentu ini adalah sesuatu yg cukup memalukan. Amat menjelikkan, lantaran bak kata perpatah: seperti membuka pekung didada sendiri, ia mendedahkan betapa jahilnya individu terhadap apa yg dia tulis, apa yg cuba diketengah, dihujjahi dan dipertahankan......

Kita perlu sedar bahawa saban hari kita bukanlah berhujjah dgn sang katak yg terperangkap dibawah tempurung kelapa. Dan, malahan, jika seekor katak sekalipun, hari ini katak-katak jarang sekali terperangkap dibawah tempurung. Ini kerana buah kelapa semakin kurang dinegara ini. Kita terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran. Biasanya hanya "isi rong" atau minyak kelapa sahaja yg diimport. Tempurung tidak diimport bersekali. Jadi, mungkin hari ini katak-katak modern akan merindui tempurung kelapa yg pernah menjadi tempat berteduh tok-nenek mereka dahulu. Katak-katak hari ini mungkin sudah tidak kenal dgn tempurung kelapa. Mereka hanya kenal Internet, blog, Facebook, SMS.....

Menulis tentang politik bukan suatu jenayah. Malah ia patut digalakkan sebagai suatu proses penyebaran dan perkongsian ilmu. Ini kerana kematangan politik adalah penting utk survival bangsa. Negara yg masyarakatnya tidak ambil kisah tentang politik adalah negara yg gersang dan akan menjadi mangsa kepada penjajahan asing. Tetapi jika kita ketiadaan ilmu, lebih molek kalau kita jangan memandai-mandai berhujah tentang politik lantaran kita akan menyesatkan orang lain. Kalaupun mahu sesat, biar diri sendiri yg sesat. Jangan pula kita cuba menyesatkan yang lain... Dosa sendiri sudah tidak tertanggung... Adakah anda sanggup menanggung dosa-dosa orang lain....?

Politik bukan sekadar satu perkataan purba. Ia merupakan suatu bidang atau komponen ilmu yg besar dan luas. Sebesar ilmu-ilmu lain. Malah, lebih hebat lagi, politik merupakan bidang ilmu yg bersifat "multi-disciplinary" (atau merangkumi pelbagai displin/bidang-bidang ilmu). Politik merupakan suatu "SAINS" atau "ILMU" yg tersendiri. Dan, sebagaimana bidang keilmuan yg lain, ia adalah bersifat 'SAINTIFIK'. Jika ada yg mengatakan bahawa politik bukan "sains" dan "tidak saintifik", memang sahihlah bahawa orang itu jahil dlm bidang sains politik. Langkah terbaik bagi orang-orang seperti ini ialah: JANGAN BERCAKAP TENTANG POLITIK.....!

Malang sekali. Sebagaimana bidalan klasik: "...mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia mustahil utk ditutup...!" Seluas-luas mulut buaya tembaga yg maha ganas dan luas, mulut manusia jauh lebih ganas dan luas lagi. Dan, bencana yg kerap diundang oleh lidah yg tidak bertulang adalah amat buruk dan terlalu hina utk dibincangkan... Walaupun lidah itu sudah kurang bercakap, namun ungkapan dlm bentuk tulisan kerapkalinya lebih panas membakar...

Kegilaan menulis tentang politik bukanlah suatu yg luarbiasa. Tetapi, sebagai insan yg sihat dan belum terencat akalnya, kita hendaklah berwaspada. Berhati-hati dlm menulis sesuatu yg bersifat politik dan menyentuh soal KUASA. Tidak salah utk kita menegur sapa atau memberi cadangan-cadangan yg positif. Memang itulah yg harus dirangsangkan. Yg menjadi beban kesalahan ialah jika kita melemparkan tuduhan liar, umpatan, kejian, mengaibkan dan segala-sesuatu yg bersifat fitnah semata-mata. Apatah lagi jika kita sendiri amat bodoh dan jahil tentang sesuatu ....

Masyarakat hari ini memang patut dirangsang utk mengutarakan input, komen atau kritikan yg membina. Input-input ini amat penting dalam membina sebuah negarabangsa yg kukuh, sejahtera serta adil. Yg dilarang ialah melontarkan fitnah, cacian dan segala yg setaraf dengannya.

Kita wujud dalam sebuah negara Islam. Kita perlu menyumbang kpd kekuatan negara ini. Islam melarang kita melakukan fitnah. Jadi, belajarlah menulis dgn berasaskan ilmu pengetahuan. Bukannya dgn kebebalan atau kebodohan yg hanya menyesatkan.... Ws

MEROSOTNYA NILAI PATRIORISME

Pada Januari lepas aku diberi kesempatan utk jadi anggota tim penilai bagi kadet ROTU (PALAPES) di salah sebuah IPTA. Mereka yg dinilai terdiri dari kadet "intermediate" dan kadet "senior". Dari perbincangan awal, kami difahamkan bahawa markah penilaian kami nanti akan diberikan 6 kredit unit dan dijumlahkan dlm jumlah besar CGPA pelajar. Maka, jika kami terlalu ketat atau kedekut dlm memberi markah atau gred, mungkin CGPA mereka boleh terjejas.

Tetapi itu bukan perkara pokok yg ingin aku ceritakan. Apa yg mahu aku kongsikan ialah semangat atau keinginan yg kian jatuh merosot utk pelajar IPTA menganggotai ROTU. KPI (Key Performance Indicator) atau Petunjuk Utama Prestasi menetapkan sasaran seramai 3 platun bagi satu ambilan (Intake) atau 105 kadet. Tetapi hari ini cuma ada seramai 58 kadet senior dan 63 kadet intermediate sahaja utk dinilai. Kemana pergi yang lain?

Dan, dari jumlah 58 itu, 60 % adalah kadet wanita. Demikian juga kadet intermediate. Adakah tren ini memperlihatkan bahawa wanita lebih patriotik dari lelaki? Dan, kejatuhan angka KPI dari 105 kadet kpd hanya 58 kadet (rosotan sebanyak 55.2 %) seolah-olah mempamirkan bahawa nilai patriotisme dikalangan pelajar ITP kian jatuh merundum. Walaupun pelajar yg aktif dalam ROTU dijanjikan hak kediaman, elaun latihan dan elaun makan serta tauliah sebagai Leftenan Muda diakhir latihan nanti, itu semua belum cukup menarik hati. Mereka mungkin mahu lebih dari itu. Jadi, apakah yg sebenarnya golongan muda inginkan? Kebebasan diluar batasan?


Memempelajari ilmu taktik adalah sebahagian dari tuntutan agama. Jangan ingkar.

Membina daya tempur ialah tanggungjawab semua. Jangan ingkar.


Antara tanda-tanda bahawa suatu bangsa itu akan rebah kebumi ialah bila nilai patriotisme-nya roboh....

Aku sebenarnya hairan. Kaget, kata orang Jawa. Bila ditanya mengapa jumlah kemasukan kedet ROTU begitu rendah, maka jawabnya: "...hari ini terlalu banyak persaingan....orang boleh pilih kokurikulum lain yg lebih mudah mendapat kredit unit tanpa mengeluarkan setitik peluh...." Bagiku jawaban itu adalah menjengkelkan. Alasan yg terlalu rendah mutunya. Terlalu kebudak2an. Pernah suatu masa dahulu aku menjadi jurulatih ROTU. Isu kemasukan kecil tidak timbul. Yg kerap memeningkan ialah isu bantuan logistik yg karut-marut, bercelaru dan cukup memalukan...

Hari ini, aku tidak tahu apa dah jadi... Dan, aku juga tidak tahu apa nak jadi.... Tapi aku m,ahu tahu mengapa hal ini terjadi... Kedet ROTU merupakan sumber kedua pengambilan bakal pegawai bagi Tentera Darat. Bukan mudah utk memperolehi pegawai, terutamanya yg memiliki kelulusan-kelulusan yg sesuai dgn keperluan tentera masakini. ROTU dapat membekalkan pegawai-pegawai muda yg berilmu dan berbakat. Dgn latihan lanjutan yg lebih mendalam, pegawai-pegawai muda keluaran ROTU dapat dibentuk menjadi pemimpin yg berkalibar dipelbagai institusi dan organisasi. Disamping itu, mereka dapat menjadi agen penyebar dan pembentuk semangat patriotik dikalangan kakitangan serta rakan-rakan sekerja.

Maka disini aku menyeru supaya ibubapa memberi rangsangan kpd anak-anak agar menganggotai angkatan beruniform terutamanya angkatan tentera (tetap mahupun simpanan). Kita tiada banyak pilihan. Dan, pilihan itu ialah memberi galakan atau rangsangan, sekiranya kita sendiri "gagal" utk menganggotai mana-mana cabang pasukan tersebut.

Dan, bagi anda yg masih belum mencapai usia 40 tahun, aku secara peribadi mengalakkan saudara-saudari menganggotai pasukan simpanan tentera darat, laut mahupun udara. Ws.


Tuesday, January 8, 2013

SIMPAN NASI DALAM KOCEK BAJU

ANTARA perkara yg pernah aku lakukan sewaktu dalam tentera dahulu ialah menyumbat nasi dan lauk-pauk kedalam poket uniform yg aku pakai. Ia terjadi sewaktu aku sedang menjalani satu kursus ekstrim yg memakan waktu selama tiga bulan. Soalnya, bagaimanakah ia dilakukan? Mengapa aku perlu menyimpan nasi dan lauk dalam poket uniform aku itu? Kenapa aku tidak makan terus "santapan" itu langsung dari "mess-tin" (bekas makanan/periuk tempur kecil angkatan tentera...) hingga selesai?

Ini jawabannya... Sebelum itu eloklah aku jelaskan sedikit tentang protokol santapan ini... Awal mula pertama mula, semua pelatih perlu "Q" (atau berbaris panjang macam banduan minta makan...) dgn dua  "mess-tin" (...satu utk nasi & satu lagi utk air minuman..). Setiap orang (telah) dibekalkan dgn dua mestin bagi kegunaan sepanjang latihan. Mess-tin ini perlu berkilat sepanjang waktu sebab ada "penyangak" yg terlalu gemar memeriksa & mendera mereka yg memiliki mess-tin hitam berkarah.

Di tempat makanan, sudah ada dua-tiga pelatih yg akan menyumbatkan nasi, lauk dan air ke dalam mess-tin yg kita kelek dlm "Q" tadi. Lazimnya, ia penuh-padat lantaran saiz yg tidak selebar pinggan. Nasi masuk dahulu. Barulah sayur dan lauk disumbatkan. Air teh atau air masak (kadangkala) akan diisi sendiri (kalau jurulatih tidak nampak...). Namun, segalanya dicatu.. Tiada lebih tiada kurang. Biasanya aku akan menyimpan air teh/air masak terus kedalam "botol tempur" yg memang dibekalkan bagi setiap orang.

Bila semuanya sudah selesai mengambil makanan, kami akan beramai-ramai duduk di bangsal papan (...open air...) yg disediakan. Beratapkan awam atau sinar matari, doa makan akan dibacakan dgn suara jelas nyaring sebagai tentera. Selepas itu jurulatih pencatat waktu akan mengambil kedudukan dan bersedia dgn "wisel"-nya. Bila wisel ditiup maka bermulalah "acara makan laju...". Genap masa enam puluh saat wisel kedua akan ditiup petanda bahawa "acara makan laju..." telah tamat.. Semua pelatih dikehendaki berdiri berbaris "Q" utk pemeriksaan mess-tin buat kali kedua. Sesiapa sahaja yg gagal "mengosongkan" mess-tin akan menempah penangan Jepun atau hukuman-hukuman yg lebih ringan....

Jadi, bilakan waktu paling sesuai utk memnyorokkan nasi kedalam kocek? Dan, bagaimana kaedahnya? Bukankah ini akan mengotorkan baju, pakaian jadi berlendir dan mengundang bau yg hapak jika tidak dicuci segera? Jadi, anda mungkin sudah faham apa bentuk "persediaan" yg perlu disediakan.. Mudah sahaja. Anda cuma perlu sediakan plastik kecik yg "waterproof" dan cukup besar utk memuatkan makanan berkenaan. Bila makanan sudah dimasukkan kedalam plastik, sumbatkan plastik berkenaan kedalam poket baju atau seluar. Habis cerita...

Tetapi apa yg berlaku tidaklah semudah itu. Aku ketiadaan plastik. Jadi, opsyennya apa...? Jawabnya: tiada sebarang opsyen...! Sumbatkan saja segala nasi, sayur dan lauk-pauk kedalam poket anda sekarang...!!! Maka, itulah yg "kerap" aku lakukan hinggalah aku berjaya "menyeludup masuk" plastik kecil demi membantu "projek" ini secara lebih berkesan..... Sementara itu, cuba bayangkan betapa keadaan uniform yg perlu aku pakai sehari-hari. Bau peluh jantan berbaur dgn pelbagai bau lain termasuk bau kari ayam, ikan goreng dan lain-lain... Namun aku tidak perlu menjadi sebodoh itu... Gunakan akal bagaimana mahu atasi masaalah yg pelik-pelik.. Yg penting, perut mesti dikenyangkan dgn sewajarnya. Cuma caranya mungkin agak berbeza sedikit...

Aku selalu melihat bahawa latihan-latihan yg padat dan pelik dalam tentera darat di zaman ketika itu amat menyesakkan nafas dan cukup menyiksakan. Tetapi aku memaksa diriku utk melaluinya. Aku mahu lihat setakat mana aku boleh pergi. Aku juga ingin membentuk diri dan semangatku menjadi sekeras waja dan tidak mudah kecundang dibawah tekanan (never break under pressure...). Aku berbangga dgn prinsip ini. Ia mengajar aku erti hidup dan mati, menang atau tewas, lumpuh atau berdiri tegak.

Sebenarnya hidup ini bukan mudah. Jika jiwa kita lemah dan akal mudah terencat, kita pasti kecundang. Lantaran itu ilmu amat penting utk terus hidup. Dan, pengalaman pahit yg berbisa akan menjadikan kita gagah seperti batu-batan di Himalaya. Kecewa tidak patut wujud dlm falsafah hidup kita ini, lantaran hidup ini terlalu singkat utk kecewa.. Anda setuju...? Ws..

MAGGI RENDAM TEH "O" PANAS

MEE MAGGI rendam dalam teh "O" panas.... Sebenarnya ia bukanlah mee MAGGI. Tapi, dari spesis "mee segera" yg baru nak popular diketika itu. 

Kisah ini terjadi diawal tahun 1980an sewaktu aku baru berkhidmat dlm Tentera Darat. Maka terjadilah peristiwa dimana aku menghadiri kursus intensif yg berpanjangan. Ada yang tiga bulan. Ada juga yg memakan waktu hingga enam bulan khususnya kursus taktik Ketua Platun di Kota Belud, Sabah. Seringkalinya aku akan membekalkan beberapa bungkus "mee segera" sebagai santapan dikala kebuluran atau ketiadaan catuan makanan. Bukan saja aku, malah hampir kebanyakan rakan-rakan kursus akan membawa "bekalan makanan tambahan" masing-masing serta menyimpan stok sebagai langkah kontigensi....

Memandangkan latihan tentera (di zaman itu...) adalah bersifat "brutal" dan amat menuntut kekuatan mental-fizikal ke tahap paling maksimum, mee segera (serta bekalan makanan tambahan...) mungkin dapat membantu memantapkan kudrat dan iradat kami. Kalau mengharapkan perih-jerih tulang empat-kerat semata-mata, alamat kecundang ditengah jalan. Lebihkurang begitulah, gamaknya....

Tetapi idea "merendam mee segera dalam air teh" mungkin suatu kebetulan. Di suatu ketika, kami melaksanakan eksesais fasa pertahanan di kawasan bukit-bukau yg gondol dan ketiadaan sumber air. Bekalan air hanya diperolehi dari sumber "supply line" yg dihantar oleh elemen "Q" dari lokasi logistik yg terletak jauh dari "batas hadapan daerah tempur". Itupun hanya sekali dalam sehari. Bayangkan berapa kali kami harus beristinjak dgn menggunakan apa saja yg ada disekitar bukit tempat kami berlatih. Kalau mengharapkan bekalan air, alamat ada yg mati kering kerana sindrum dehidrasi (dehydration).

Biasanya air teh akan sampai pada waktu petang berselang-seli dgn air kopi "O". Dan, lazimnya ia masih cukup panas utk kita "merendam" maggi. Soalnya, mengapa perlu merendam mee segera kalau bekalan makanan tempur ada disediakan? Jawabannya mudah: ia tidak mencukupi, dan, cara ia dimasak menyebabkan tekak anda terkadang secara otomatik merasa loya bila terhidu aroma makanan itu... Tidak cukup garam, lada dan, mana pergi rempah-ratusnya...? Sehari-dua mungkin anda mampu menelannya. Selepas itu, anda terpaksa mengeluarkan "perasa atau makanan tambahan" yg anda sorok utk memastikan catuan tempur dapat anda baham, kunyah dan telan dgn sewajarnya.....

Dan, "maggi" adalah opsyen termudah. Tak perlu potong bawang, halia atau ikan bilis. Terkadang kami membawa bahan perasa yg ada dijual di pasaran. Terpulang pada individu. Kalau "rajin" membuat persediaan, tidaklah menjadi terlalu kebuluran sewaktu berada di medan tempur. Aku sendiri memiliki sebuah botol air aluminium yg boleh memuatkan lebihkurang 3 liter air. Itu aku beli sendiri, bukan hak tentera. Mencukupi utk kegunaan 24 jam dlm situasi dharurat....

Hari ini maggi (dan segala bentuk mee segera...) dikatakan bahaya utk kesihatan kerana mengandungi bahan-bahan pengawet dan perasa yg boleh memberi kesan sampingan atau impak jangkapanjang pada kesihatan. Ada juga yg mendakwa bahawa mee segera mengandungi bahan-bahan yg tidak halal. Wallahualam. Terpulanglah kpd pakar-pakar permakanan, saintis-saintis bioteknologi serta para ustaz dan ulama utk menetapkan fatwa... Mereka telah digajikan utk melaksana tanggungjawab masing-masing. Terpulanglah, samaada mahu makan gaji buta atau gaji halal...

Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, namun sering aku jadikan modal bercerita dikalangan rakan-rakan. Ada yg terbahak-bahak. Ada yg menganggap aku sekadar jual temberang. Namun, yg penting, sesuatu pengalaman itu tetap berharga dan perlu dihargai sekiranya ia "baik" dan "positif". Tetapi seandainya pengalaman itu "negatif", kita harus mengambil iktibar. Tetapi kalau dharurat muncul, pengalaman (samaada positif atau negatif...) akan menjadi "guru khas" yg bakal merangsang minda kita utk menyelesaikan sesuatu permasaalahan.

Pengalaman lalu akan mematangkan diri kita dalam meredah ranjau kehidupan yg selanjutnya... Ws.

Friday, August 10, 2012

KISAH MAT REMPIT MATI TERSEPIT

KISAH SEDIH ini terjadi pada 6 Ramadhan tahun 2008. Waktu itu aku baru saja selesai menziarahi pusara ibu dan ayahku di kampong. Dgn tidak semena-mena aku terdengar seperti suatu dentuman yg kuat diarah timur lokasi makam tersebut. Dituruti dgn pekikan kecil. Tidak berapa lama selepas itu muncul seorang tionghua berlari-lari kearah kami (aku dgn adik serta dua-tiga anak saudaraku) memberitahu bahawa traktor beliau telah dilanggar oleh sebiji motor. Penunggang motor itu tersepit dibawah jentera beliau berserta motornya sekali.  Pemuda tionghua itu meminta tolong dan memberitahu bahawa budak yg tersepit itu masih mengelotek, bererti masih bernyawa....

Adikku (bernama Johan) bergegas ketempat kejadian. Namun aku melarang anak2 saudaraku utk menuruti Johan kerana mereka masih terlalu muda utk melihat sesuatu yg mungkin ngeri utk dilihat....! Aku sendiri "malas" utk menyusur ke lokasi kecelakaan itu. Aku hanya pergi apabila orang kampong berduyun-duyun kesitu. Malahan orang-orang tionghua di pekan pun ramai mendatangi tempat kejadian.

Sesampai di lokasi kecelakaan aku terlihat ramai budak-budak kampong berkerumun berdekatan traktor utk melihat secara lebih dekat keadaan penunggang yg tersepit tadi. Beliau sudah tidak bernyawa. Bahagian celah kelengkang, pinggul dan pinggangnya rabak. Terdapat kecederaan-kecederaan lain dibahagian dada dan badan kerana beliau berlengging (tidak memakai baju). Tapi yg mungkin menyebabkan beliau mati ialah kecederaan dibahagian kepala. Beliau tidak memakai topi keledar. Yg menghairan, tidak banyak darah yg keluar melimpahi jasad beliau. 

Sambil meninjau, masih sempat aku menyindir dgn tegas pada budak2 kampong: "....inilah akibatnya kalau curi2 pakai motor bapak....! ...dan, tak kisah nak pakai helmet...! ...rempitlah lagi...."  Cuba anda bayangkan sendiri betapa ruginya bangsa kita. Budak yg baru mati tadi belum pun sempat ambil PMR. Terlalu mentah utk mati. Tetapi, melihat dari perspektif perundangan, budak yg mati itu telah melakukan beberapa kesalahan trafik yg jelas: menunggang motor tanpa lesen (masih dibawah umur); tidak memakai helmet; menunggang di laluan bertentangan. Tapi faktor yg menjadi punca kemalangan ialah menunggang dgn laju, melakukan lagak penunggangan ngeri dan berlumba-lumba hingga menyebabkan motor hilang kawalan. Ini ialah analisis peribadiku sebagai seorang pemotor tegar selama lebih 30 tahun...

Selain dari kegilaan kpd merempit atau melakukan gaya permotoran ngeri, sikap malas memakai helmet adalah cukup parah dikalangan masyarakat hari ini. Malahan utk kepasar malam atau ke surau sekalipun orang tidak kisah memakai topi keledar. Bagi golongan ini, topi keledar adalah tidak lebih dari sampah-sarap yg membelenggu kepala-otak mereka. Dan, bagi golongan yg "berkepala-batu" ini, mereka mungkin beranggapan bahawa kepala mereka diperbuat dari batu sungai atau batu bukit....?!

Kisah mat rempit yg tumbang kecundang satu-persatu hendaklah dijadikan pengajaran buat semua, tak kira tua mahupun muda, lelaki mahupun wanita. Kisah wanita-wanita muda yg gila ber-"SMS" sewaktu menunggang motor juga patut dijadikan sempadan buat kita. Mana lebih penting: SMS atau nyawa? Atau, kita berkesimpulan bahawa roh yg Allah Taala amanahkan kpd kita ini tidak lebih nilainya dari seekor katak atau sang cicak....? Nampaknya kita masih belum pandai menghargai nyawa yg Tuhan pinjamkan kpd kita.....! 

KISAH POKOK SAKA, PERIGI KERUH, HANTU SENGIH DAN PONTIANAK

SEWAKTU di darjah 5, aku tinggal dirumah Atok Arah, nenek sebelah ibuku. Bukan sekadar terletak di pedalaman (orang sekarang sebut "hulu"..), rumah nenek betul2 terpencil jauh dipinggir belukaran berdekatan sebuah tasik yg airnya berwarna hitam seperti coca-cola. Agaknya sebab itulah kawasan itu dinamakan "Kampong Tasek" - mengambil sempena kewujudan tasik yg mengerikan itu. Mengerikan, lantaran terlalu banyak mitos yg berlegar tentang tasik misteri itu. Ada yg menceritakan bahawa terdapat naga (mungkin anaconda agaknya..) yg bersembunyi (bertapa...?) dalam tasik itu. 

Selain itu, kelibat "hantu sengih" juga pernah dilihat orang berlegar-legar ditepi tasik itu. Yg pasti, tasik itu (bagiku) penuh dgn cerita2 ngeri, walaupun hanya suatu dongengan rekaan masyarakat setempat. Walaupun aku pernah mandi-berondak dalam tasik coca-cola itu dgn rakan2, itu adalah kerana terpaksa (utk menunjukkan kehandalan stail budak2 kampong..!). Kalau tidak, mati kalau aku sanggup berenang seorang diri...!

Sebagai opsyen, aku akan mandi di sebuah perigi berair keruh yg terletak dlm 400-500 meter di baruh rumah nenek.  Sebenarnya ia berada di bahagian lembah. Juga terletak dalam hutan-belukar tidak jauh dari tasik  misteri tadi. Itulah yg jadi masalah besarku. Paksu Wahid selalu menyakat aku tentang "hantu sengih" yg gemar datang melepak di perigi itu diwaktu zohor.... Namun, terkadang aku beranikan diri. Selepas berjaya menimba barang tiga-empat kali, aku akan lintang-pukang berlari kerumah nenek! 

Hari ini kedua-dua tasik dan perigi itu hanya jadi memori. Kedua-duanya sudah tidak wujud lagi. Yg wujud hanya paya yg semakin kering ditelan pembangunan setempat. Hanya menanti waktu utk menjadi ladang sawit atau dusun buah-buahan...?

Aku juga masih teringat kisah pokok saka yg tumbuh subur didahan-dahan pokok durian yg tumbuh meninggi di belakang rumah nenek. Paksu sering menegaskan bahawa pokok saka itu bukan sekadar tumbuhan biasa. Sebaliknya ia merupakan "sarang" pontianak - tempat dimana pontianak akan berlepak, bergayut-gayut atau tidur disiang hari. Jadi, aku membayangkan bahawa pohon saka itu seperti sebuah katil berbentuk "bucket" atau buaian yg amat selesa utk sang pontianak melepak - berasaskan pada bentuknya yg kemas dibahagian bawah seperti sebuah "bucket" bagi seorang bayi yg bersaiz besar...

Namun hari ini keadaan sudah berubah. Masyarakat kontemporari semakin tergila-gila menanam pokok saka di halaman rumah masing2. Patutlah "hantu" dan "pontianak" kian bersepah dikawasan bandar dan perumahan - lantaran orang-orang zaman ini tergila-gila menyediakan "rumah" atau "sarang" utk "makhluk2 misteri" ini. Mungkin kerana itulah (agaknya...) amalan ilmu saka (...ilmu hitam?) masih menjadi-jadi walaupun modenisasi sudah lama melanda negara...

Maka, jika anda ingin menanam pokok, berhati-hatilah. Pilih yg berfaedah dan fungsional. Jgn sekadar menanam lantaran meniru gaya atau kegilaan orang lain! Tanamlah tumbuhan yg mendatangkan hasil, bukan yg mendatangkan bahaya atau beracun......!




Sunday, August 5, 2012

BILA WAKTU DILEWATKAN 60 MINIT...

INI TERJADI sebaik sahaja Dr Mahathir mangambilalih pemerintahan negara. Zon waktu negara telah dilewatkan sebanyak 60 minit. Implikasinya, negara masih terus terang benderang walaupun sudah jam 7.15 malam bagi Semenanjung Malaysia. Maghrib masuk dlm lingkungan waktu antara jam 7.20 malam ke 7.35 malam. Waktu syuruk terkadang hingga jam 7.10 pagi.

Sewaktu kecil dulu, aku menuruti waktu yg asal. Aku bangun pagi utk ke sekolah seawal jam 5.15 pagi (atau 4.15 pagi mengikut zon waktu sekarang..) dan sudahpun berada di bilik darjah pada jam 7 pagi (atau 6 pagi mengikut waktu sekarang). Biasanya aku sampai kembali ke rumah sebelum jam 3 ptg (atau 4 ptg sekarang). Tapi, yg paling seronok ialah pada bulan Ramadhan. Kami adik-beradik sudahpun mengelilingi dulang hidangan seawal jam 6.15 ptg kerana sebentar lagi azan akan dilaungkan tanda masuk waktu berbuka...!

Itu kisah dahulukala. Tidak mungkin akan terulang lagi sehingga kiamat. Hari ini waktu berbuka puasa ialah antara jam 7.20 mlm ke 7.35 mlm. Kecuali jika aku sedang berada di Kuching. Apatahlagi kalau di Kota Kinabalu. Juga, tidak mungkin aku dapat duduk berkeliling dgn adik-beradik lagi seperti dulu. Hari ini mereka dikelilingi oleh anak2 cucu2 masing-masing. Masakan mereka punya waktu utk memikirkan apa yg pernah terjadi sewaktu kecil-kecil dulu....! 

Hari ini semuanya membawa diri jauh dalam wilayah serta rona kehidupan masing2. Jauh dibelenggu oleh batas dan sempadan ciptaan sendiri. Jauh terpenjara dalam gelanggang permasaalahan dan bebanan hidup yg tidak berkesudahan kecuali mati.. Apa yg ada didepan mata mereka ialah cabaran demi cabaran. Hinggakan nilai dan harga hidup ini (apatah lagi kisah2 sewaktu kecil) kian tersingkir dari hati nurani masing-masing....

Namun, bila mengenangkan zon waktu dahulu-dahulu, jelas sekali ia amat nostalgik. Terutama bagi mereka yg masih tajam ingatannya atau yg masih berupaya mengingati sejarah hidup masing2 dgn baik. Terkadang pengalaman2 inilah yg akan memperdekatkan kita dgn orang yg pernah singgah dlm kehidupan kita pada waktu yg silam. Mungkin orang2 itu sudah lama tiada. Namun kisah2 atau pengalaman2 lampau ada kalanya menjadi guru yg paling sejati. Dalam banyak hal, manusia akan didewasakan oleh pengalaman. Dan, pengalaman2 itu bertanggungjawab mengacu atau membentuk mentaliti individu melalu proses pra-sedar.

Bila waktu dilewatkan, maka muncullah rentak baru dlm pengalaman hidup kami adik-beradik... Dan, ia tidak akan berakhir hingga akhir hayat kami....!



 

Monday, February 27, 2012

KISAH TOK TENANG DAN PAGARUYUNG

TIBA-TIBA seolah-olah TOK TENANG menjadi ikon kpd sekelompok masyarakat Melayu di negara ini. Terbaru, aku baru sahaja menatap sepintas lalu laman sesawang http://www.petemu.org.my/ yg memerihalkan tentang Tok Tenang dan keturunannya yg tersebar di banyak kawasan di Segamat. Terlalu banyak. Meliputi kampong-kampong kecil yg pernah aku diami atau setidak-tidaknya direntasi sewaktu aku muda-muda dulu. Kampong seperti Spinang, Berata, Tasik Alai, Batu Badak dan lain-lain disebut secara nyata. Apatah lagi Tenang. Dan, Bekok disebut sebagai salah satu dari wilayah yg telah dibuka oleh Tok Tenang antara lainnya.

Tok Tenang bukan orang lain dlm kehidupanku. Beliau ialah moyang kpd ibu dan ayahku. Sewaktu kecil, ibu kerap membawaku menziarahi pusaranya di Tenang Kampong. Yg paling identikal (pada ketika itu) ialah kedapatan pohon bidara dikawasan pusara itu. Sewaktu ibu membuat sesuatu di pusara, aku akan menyibukkan diri dgn mengutip buah bidara utk dibawa pulang ke Bekok petang nanti.

Kali terakhir aku menziarahi makam Tok Tenang ialah pada 21 Sep 2000. Sebenarnya itu cuma satu kebetulan lantaran menziarahi Bidan Lamah yg baru meninggal pada malam sebelumnya. Bidan Lamah berpangkat ibu saudara sepupu kpd kedua-dua orangtuaku (Nota: Ibu dan ayahku adalah sepupu). Selepas menziarahi beliau, kami ke kubur Tok Tenang sebentar utk menyedekahkan al-fatihah. Selain itu, dapatlah juga aku mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil dulu. Tapi pohon bidara sudah tidak kelihatan lagi. Kini kawasan itu lebih luas dan jumlah kubur semakin tersebar. Kubur-kubur lama yg menggunakan nisan dari batu-batu sungai pun masih tetap di kedudukannya. Agak identikal dgn beberapa kubur yg terdapat di kawasan perkuburan toknenek, ayah serta ibuku di Bekok. Nisan batu sungai dan jeram...

Sewaktu kecil aku (dibawa oleh ibu..) memang kerap ke Tenang kerana kebanyakan suku-sakat memang berkonsentrasi di situ. Ada yg mengerjakan sawah padi. Tapi kebanyakannya mengusahakan kebun getah sendiri. Ada yg mengambil keputusan menjadi warga Felda (di Felda Tenang). Bergantung pada keupayaan dan inisiatif diri-sendiri. Tapi keluarga yg (langsung) lebih rapat ke sebelah ayah dan ibuku kebanyakannya bertaburan di Batu Badak, Gemereh, Tasek Alai dan lain-lain. Ada yg tersasar ke Tongkang Pechah, Batu Pahat dan Kahang di Kluang. Ada juga yg jauh merantau ke selatan seperti Simpang Renggam dan Johor Bahru. Masing-masing kian terpisah lantaran tekanan hidup serta perubahan waktu yg bakal memberi tekanan baru kpd kehidupan itu sendiri.

Tok Tenang sudah lama pergi. Hari ini kubur beliau menjadi salah satu arkib dibawah Muzium Negara. Dalam diskripsi yg terpasang pada dinding kubur beliau dicatatkan sedikit sebanyak tentang beliau. Membuka wilayah Tenang pada tahun 1800 dan meninggal pada tahun 1860 pada usia 112 tahun. Nama yg tercatat di inskripsi itu ialah Hj Mohamad Kamarul Ariffin Alaudin. Dalam laman http://www.petemu.org.my/, beliau dicatat sebagai Syed Kamarul Ariffin bin Syed Allauddin dari Pagaruyung.

Kebimbangan aku ialah sikap manusia yg mudah bertaut dgn ideologi feudal yg gemar membesar-besarkan darjat dan keturunan sendiri. Manusia ini sama sahaja. Tiada yg lebih tinggi darjatnya dari yg lain kecuali ketakwaan. Ketaksuban kpd keturunan sendiri dan salasilah terdahulu terkadang boleh menjurus kpd ekstrimisme. Benar, mungkin anda keturunan aristokrat kasta tertinggi, raja, tengku, syed atau seangkatan dgn itu. Jadi, apa...? Soalnya, Allah Taala tidak melihat kpd darjat. Yg dilihatNya ialah kualiti iman dan Islam didalam dada masing-masing. Adakan mereka benar-benar manusia yg baik dan mulia? Atau, sama seperti syaitan dan iblis yg kafir kpd Allah Taala?

Hari ini kita harus menerima kenyataan. Tidak dinafikan bahawa keturunan memang amat penting. Malah Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan kita menelusuri salasilah keturunan kita melalui pesanannya: “Belajarlah berkenaan nasab keturunan kamu yang dengannya berhubung silaturrahim. Maka sesungguhnya silaturrahim menambahkan perasaan kasih terhadap keluarga, membanyakkan harta, dan memanjangkan umur" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Hurairah Radhiallah ‘Anhu). Tetapi konteks yg ingin disampaikan oleh baginda cukup mendalam dan holistik. Jangan sampai kita dikelirukan oleh ideologi nepotisme atau semangat assabiyah yg sesat. Rasul menekankan tentang silaturrahim dan pengukuhan kasih sayang dlm satu ruanglingkup kekeluargaan yg besar dan indah agar Islam itu bertambah kukuh dan sentiasa mantap. Bukan semangat persaingan atau segregasi apatahlagi sikap berpecah-belah.

Sedikit tentang Kerajaan Pagaruyung. Menurut catatan sejarah, kerajaan ini wujud pada tahun 1347. Pada abad ke 17, pengaruh Islam telah berkembang dan memperlihatkan lahirnya kesultanan Islam Pagaruyung. Sultan yang pertama ialah Sultan Alif/Sultan Ahmadsyah (putera Sultan Khalifatullah Indramasyah) yg memerintah dari 1668-1674. Beliau diganti oleh Sultan Indermasyah (Raja Alam Minangkabau) yg memerintah dari 1674-1730. Sultan Indermasyah pula telah digantikan oleh anaknya Sultan Arifin Muningsyah (Raja Alam Muningsyah - lahir: 1745) yg memerintah dari 1780-1821. Selepas itu kesultanan ini terbabit dgn perlbagai siri konflik dalaman dan luaran disamping pemerintahan yg lemah. Pemerintahan ini runtuh apabila  Sultan Tangkal Alam Bagagar ditangkap oleh penjajah Belanda pada tanggal 2 Mei 1833 dan dibuang ke Batawi. Baginda meninggal pada 12 Feb 1848 (usia 60 tahun).

Jika dilihat pada tarikh tumbangnya kerajaan itu (iaitu 1831 berbanding dgn pembukaan Tenang oleh Hj Muhamad Kamarul Ariffin/Syed Kamarul Ariffin pada 1800), ia jelas memperlihatkan bahawa Tok Tenang mungkin seangkatan dengan Sultan Arifin Muningsyah (Raja Alam Muningsyah) yg memerintah dari 1780-1821. Ini jika diasaskan pada perbandingan tempoh waktu. Jadi, mungkinkah Tok Tenang merupakan salah seorang dari putera Sultan Alif/Sultan Ahmadsyah (raja pertama kesultanan Pagaruyung)..? Dan, beliau adalah adik beradik dengan Sultan Arifin Muningsyah (raja kedua kesultanan Pagaruyung)..? Ini memerlukan pengesahan.

Tok Tenang sudahpun lama meninggalkan Pagaruyung dan mengembangkan sayapnya sendiri di wilayah Segamat dan daerah-daerah persekitaran. Faktor mengapa beliau meninggalkan wilayah Pagaruyung memang sukar utk dijawab dgn tepat. Selain dari sikap manusia yg gemar mengembara dan melakukan penerokaan, mungkinkah ada sebab-sebab politik dalaman dan luaran yg perlu dikaji? Perebutan utk naik takhta bukanlah suatu isu yg lekeh. Tentu ada yg kecundang kalau tiada yg mahu beralah. Mungkinkah krisis politik yg telah membawa Tok Tenang berundur ke Semenanjung membuka wilayahnya sediri di Bekok dan Segamat? Mungkinkah beliau mahu menyampaikan mesej bahawa kegilaan kpd kuasa politik hanya akan menjahanamkan diri sendiri semata-mata? Buktinya, kerajaan Pagaruyung akhirnya tumbang jauh lebih awal dari usia kewafatan Tok Tenang sendiri..!

Hari ini aku tidak boleh berbangga dengan kisah silam salasilah keturunanku itu. Ya, aku ini memang generasi ke-4 dari Tok Tenang dan ke-7 (atau 8..?) dari kerajaan Pagaruyung (seperti riwayat nenekku dulu..). Jadi, apa...? Apa yg boleh dituntut dgn status itu? Sebuah mukim? Sebuah negeri? Sebuah negara? Sebuah kampong? Atau, memadai dengan sebuah kebenaran dan realiti yg berpijak pada bumi yg nyata...?

Bagi rakan dan taulan yg diluar sana yg masih taksud dgn jejak keturunan sendiri yg berasaskan kesedaran feudal yg bersalut fahaman aristokrasi, sedar-sedarlah diri. Pulang ke pangkal jalan. Berpijaklah dibumi yg nyata. Jika kita bangkit dgn maksud utk memperkukuh ukhuwah Islamiah, itu bertepatan sekali. Tapi jika kita bangun utk memperjuangkan status quo, mentaliti feudal  dan politik sempit, sila lupakan... Hari ini kita memerlukan lebih dari sekadar rangkuman kukuh utk menentang paradigma yg menyempit dan merosakkan silaturrahim antara sesama umat Melayu ...!

Biarkanlah TOK TENANG tenang diperaduannya... Ws.

Monday, May 2, 2011

TEORI KONSPIRASI SEDANG MELANDA DUNIA ISLAM

GELOMBANG NEOIMPERIALISME SEMAKIN GANAS

BARAT semakin buas dan rakus. Britain, Peranchis, AS dan NATO telahpun melaksanakan serangan udara keatas LIBYA semalam (20 Mac 2011). Tanpa perlu menunggu mandat dan legimitasi PBB. Memang hebat. Dan, sebagai tindakbalasnya, Gaddafi mengistiharkan bahawa resolusi zon larangan terbang ciptaan oleh Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sendiri oleh sekutu-sekutu NATO. Gaddafi juga mengistiharkan bahawa tindakan mereka menyerang Libya ialah tindakan terrorism.

Libya (sebagaimana mana-mana negara didunia) merupakan sebuah wilayah yang berdaulat. Tiada siapapun yang berhak menceroboh kedaulatan orang lain. Apakah asas atau undang-undang manakah yang telah digunakan oleh samseng-samseng dunia itu untuk menggoncangkan kedaulatan negara lain? Pernahkah Libya menyerang atau menceroboh wilayah mereka? Jika tidak pernah, mengapa dan atas legitimasi atau kapasiti apakah mereka berani menjahanamkan negara orang lain?


NATO MENJADI ALAT NEOKOLONALISME

SIAPA tidak kenal NATO? Sebelum ini mereka telah menjahanamkan Iraq dan Afghanistan hingga kedua-dua negara ini sukar bangkit. Selepas itu mereka mencari-cari alasan untuk membelasah Iran dan Korea Utara. Mujurlah Korea Utara merupakan sekutu kuat China. Dan Iran memiliki kekuatan-kekuatannya yang tersendiri untuk tidak mudah dimusnahkan seperti jiran-jirannya itu. Dalam banyak hal, AS dan sekutu-sekutu samsengnya perlu berfikir secara mendalam jika mereka mahu menyerang Iran. Iran mempunyai hubungan yang agak rapat dengan China selain hubungan dua-hala dengan Russia. Selain itu, lokasi Iran tidak terlalu jauh dari kedua-dua kuasa besar itu.

Berbeza dengan Libya yang jauh terpencil dari China dan Russia. Pun begitu, kedua-dua negara sosialis ini telahpun menyuarakan kekesalan mereka keatas tindakan samseng-samseng NATO tadi. Cuma, mereka masih belum membantah dan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan kecurangan-kecurangan barat terhadap Libya. Tetapi, sekiranya mereka mengambil sikap berkecuali (seperti German), ia pasti akan memburukkan keadaan. Libya pasti terus menjadi mangsa serangan bom, missile-missile kawalan satelit serta senjata-senjata arsenal yang tersimpan dalam stor NATO.


TIGA PENDEKATAN PENJAJAHAN

Barat memiliki 3 model untuk menumbangkan mana-mana negara. Model pertama ialah dengan merangsang orangramai bangun memberontak. Model kedua ialah dengan memaksa pemerintah untuk tunduk akur kepada kehendak rakyat yang bangun memberontak tadi. Model ketiga ialah dengan pencerobohan militer. Setakat ini, mereka lebih cenderung menggunakan model ketiga. Dengan alasan bahawa pemerintah telah mencabul hak asasi rakyat dan menjadi terlalu diktator, maka sudah cukup untuk samseng-samseng dunia ini melaksanakan neoimperialisme mereka tanpa perlu mandat PBB. Itulah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

PBB memang sudah lama menjadi patung bernyawa kepada golongan neoconservatif dan zionis. Apa sahaja perkara karut yang dicadangkan oleh syaitan-syaitan ini akan dipertimbangkan dengan serius di meja Majlis Keselamatan PBB. Apa sahaja hal yg tidak akan memberi keuntungan kepada ahli-ahli "kelab neoconservatisme dan zionisme dunia" pasti akan dianggap sebagai konspirasi dan sikap terrorism. Ambil contoh: Rejim Israel menceroboh Tebing Barat dan Gaza dianggap sebagai tindakan "cuba mempertahankan diri". Sebaliknya jika masyarakat Palestine melontar batu demi mempertahankan diri dari pencerobohan, itu adalah dianggap sebagai pengganas besar! Dan, malangnya, AS serta sekutu-sekutu barat menyokong padu sebarang tindakan oleh rejim syaitan itu.


PBB SEMAKIN IMPOTENT

MUNGKINKAH PBB akhirnya akan menerima nasib seperti Liga Bangsa-Bangsa? Nampaknya badan dunia itu semakin tumpul dan meracau-racau. Sebagai Setiausaha Agong PBB, Ban Kee Mun hanya pandai bercakap sahaja. Dan kadangkala apa yg dicakapi mungkin tidak pernah dikarangnya sendiri. Sebagai contoh, beliau menganggap Gaddafi hilang legitimasi sebagai penguasa Libya kerana "menyerang" rakyatnya sendiri.

Buku undang-undang apakah yang dibaca oleh orang Korea (yg terdidik di AS) ini? Adakah Ban Kee Mun benar-benar memakari undang-undang antarabangsa atau asas undang-undang itu sendiri? Dimanakah beliau belajar undang-undang? Di Harvard? Di Temple? Dimana? Jika benar beliau seorang yg pakar dalam bidang perundangan, mengapa beliau tidak pernah membantah pencerobohan demi pencerobohan oleh sekutu-sekutu NATO selama ini? Mengapa beliau hanya berdiam diri terhadap kebuasan rejim zionis keatas masyarakat Palestine? Mengapa beliau tidak pernah mengharamkan serangan-serangan AS yang masih berlarutan di Afghanistan dan sempadan Pakistan?

Mungkinkah beliau sudah terlalu korup? Lantas hanya cakap-cakap si zionis dan" neocons" sahaja yang mampu beliau dengar? Nyata dapat dilihat bahawa beliau seorang "berat sebelah" (bias). Beliau cepat bertindak jika pelaku-pelaku terdiri dari negara-negara kecil. Dan, memekakkan telinga (serta membisu) jika pelanggar undang-undang antarabangsa terdiri dari blok barat dan kuasa-kuasa besar.


HUBUNGAN DUNIA BERASASKAN TEORI KONFLIK?

Hubungan dunia sebenarnya berada dalam era yg cukup tidak stabil. Hari ini kita bersahabat baik. Esok sahabat itu bertukar menjadi musuh yg paling ketat. Lusa, kita memperbaiki hubungan diplomatik. Tulat, mereka mengirimkan ledakan peluru berpandu dan segala jenis ledakan NBC. Ada-ada sahaja alasan yg dicipta untuk menukarkan status kita sebagai musuh mereka. Contohnya, indeks-indeks dicipta untuk mendarjatkan sesuatu negara kepada "negara baik" atau "negara despotik". Indek Hak Asasi, Indeks Terrorisme, Indeks Penyeludupan Manusia, Indeks Penyeludupan Dadah, Indeks Korupsi, Indeks Kebebasan Akbar, banyak lagi indeks-indeks yang dengan secara mudah dapat memerangkap sesuatu negara terutamanya negara-negara Dunia Ketiga dan di timur.

Negara kita tidak terkecuali dari "penilaian" ini. Hari ini kita mungkin "negara baik". Esok kita mungkin terjerumus dalam kategori "negara Pengganas" dan bersedialah untuk menerima "penangannya" sekiranya gagal untuk membebaskan diri dari "sangkar maut" itu.

Kita bercakap soal Teori Konspirasi. Ada teori yang terlalu akademik. Ada teori yang terlalu mentah. Tetapi ada teori yg cukup praktikal. Namun, pada akhirnya, pencipta teori itu sendiri yang menjadi konpirator-konspirator terbesar. Itulah yang telah didedahkan oleh AS serta sekutu-sekutunya semalam. Mereka menuduh Gaddafi sebagai pengganas dan pembunuh rakyatnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya yang ditentang oleh Gaddafi ialah golongan pemberontak militia yang lengkap bersenjata dan memiliki peluncur roket anti keretalebal serta anti pesawat terbang. Siapakah "supplier" atau pengedar senjata canggih ini? AS? Britain? Belgium? Atau Peranchis? Adakah pemberontak-pemberontak itu cukup mewah hingga mampu untuk memiliki dan melengkapkan arsel militer yang secanggih itu untuk beberapa batalian pemberontak di Libya? Siapakah konspirator-konspirator yang telah membekalkan mereka dengan senjata-senjata hebat ini?


KOLONIALISME TIDAK PERNAH MATI

Siapa kata dunia ini sudah bebas dari penjajahan? Jika kita pernah mendengar kuliah berhubung teori-teori pembangunan, nescaya kita akan terkejut dengan realiti bahawa dunia tidak pernah bebas dari belenggu imperialisme. Kuasa-kuasa barat dan utara tidak pernah terfikir untuk menamatkan dasar imperlialisme masing-masing. Itu merupakan agenda tok-nenek mereka yang tidak akan tamat hingga kiamat!

Demikianlah NEOIMPERIALISME. Barat yang rata-rata merupakan penjajah (dan bekas-bekas penjajah) tidak dapat lekang dari nafsu-serakah mereka sebagai penjajah. Walaupun hubungan dunia dibawah PBB dikatakan berasaskan hasrat yang murni iaitu keamanan, ketenteraman, keadilan dan kesaksamaan, hakikatnya ia bukan begitu. Dunia tidak pernah mengecapi keamanan dan ketenteraman mutlak. Jauh sekali keadilan dan kesaksamaan.

Istilah KUASA-KUASA BESAR sebagai contoh, adalah gambaran atau bukti sebenar betapa dunia ini tidak pernah adil dan saksama. PBB hanyalah sebuah sandiwara yang cuba menenggelamkan realiti ketidakadilan itu. Istilah-istilah politik seperti KUASA PEMBATAL (VETO), kerusi tetap Majlis Keselamatan PBB, Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan lain-lain merupakan pelengkap kepada ketidakadilan PBB dan kegagalannya sebagai badan dunia yang mampu memayungi masyarakat dunia khususnya negara-negara kecil dan terkebelakang.

Pengalaman melihat bagaimana Iraq diserang oleh 81 buah persekongkolan negara-negara pada tahun 1991 (Operation Desert Storm ) dan tahun 2004 (Operation Desert Storm II) amat menyayat hati. Begitu juga dengan pencerobohan Afghanistan selepas peristiwa 9/11. AS sebagai Bapak Samseng Dunia (selepas keruntuhan Soviet Union) telah bertindak pada tahap kebuasan yang semahu-mahunya. Tiada siapapun mampu menghalang Bapak Segala Pengganas ini. Kofi Anand (S/U Agong PBB pada era tersebut) hanya mampu terkulat-kulat. Bimbang kalau-kalau nyawa beliau akan melayang jika cuba menghalang. Atau mulut beliau sudah tersumbat padat dengan rasuah besar?


ASTRO:  ALAT PROPAGANDA BARAT?

Tepuk dada tanya selera. Adakah ini satu kebetulan? Atau realiti? Penjajahan barat hadir dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapapun yang menduga. Tiada siapa akan terfikir. Ini kerana kita terlalu malas untuk berfikir. Kita mudah menyerah, dari memerah otak.

Hari ini ASTRO (Channel 555) kerap mempertayangkan kehebatan segala bentuk persenjataan canggih yang telah digunakan dalam Operation Desert Storm. Ia membabitkan rangkuman segala bentuk peralatan tempur yang ada dalam gudang NATO dan 'AREA 52" di AS termasuk Stealth, self-guided missile artileri yang boleh ditembak pada jarak 250km dari posisi musuh dengan ketepatan pinpoint, Predator UAV, B-1B, JSTARS dan lain-lain. Pembabitan sortie "The Father of All Bombs" yg menyaksikan pengguguran antara 500 - 1,000 atau 30,000 bom sehari (Cuba gambar betapakah kemusnahan yang boleh diterbitkan). Dibantu oleh sistem setalite yang bertaburan di orbit. Pembabitan kapal-kapal Induk dan kapal-kapal selam serta penempatan anggota-anggota elit komando dan marine yang lebih dari mencukupi untuk memusnahkan seluruh dunia Arab dalam masa beberapa minggu. Mungkin beberapa hari. Segalanya ditayangkan oleh ASTRO dan media barat dengan penuh keangkuhan.


TEORI KONSPIRASI SEBAGAI ALASAN UNTUK MENJAJAH


Maka, marilah kita bertanya. Adakah wajar Libya diserang? Tidak cukupkah serombong minyak di Iraq dan perladangan candu terbesar dunia di Afghanistan? Bagaimana dengan Iran? Apakah dosa Libya? Samseng-samseng dunia meletakkan Libya sebaris dengan Korea Utara, Cuba, Myanmar dan "negara-negara paksi kejahatan" yang lain. Libya sudah lama dicap sebagai negara pengganas oleh barat terutama AS. Dan sudah beberapa kali diserang oleh jet-jet Israel dan NATO silih berganti. Tetapi apakah peranan PBB? Hanya menuding jari kepada Gaddafi sebagai punca segala permaasalahan ini? Dan hadiahnya ialah pencerobohan haram oleh kuasa-kuasa besar barat? Dimana letaknya erti kesaksamaan sejagat dan pemeliharaan hak kedaulatan negara-negara didunia?

Kita harus bersimpati dengan Saddam Hussein dan Iraq. Barat mengecap beliau sebagai diktator dan musuh nombor 1 dunia (barat?). Dari kedudukan sebagai presiden, beliau akhirnya kehilangan segala-galanya. Rakyat Iraq sendiri yang telah membongkar rahsia tempat persembunyian beliau kepada tentera penceroboh. Video youtube sempat merakamkan detik-detik terakhir nasib seorang makhluk yang amat digeruni barat. Beliau sempat mengucap sebanyak dua kali sebelum tali gantung merentap batang tenggoroknya. Insyaallah, beliau mati dalam iman. Sebelum itu beliau dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah (yang dikendalikan oleh puak syiah tajaan barat) atas tuduhan membunuh puak pemisah kurdish bermazhab syiah di sempadan Iraq-Turki.

Hari ini mungkinkah barat akan mencari-cari alasan agar Gaddafi dapat ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh pemberontak militia yang mereka taja? Dalam ertikata lain, barat akan menggunakan pemberontak sebagai proksi untuk menghapuskan Gaddafi? Sebagaimana yang dilakukan oleh mereka (melalui militia kurdish) untuk menghapuskan Saddam dan meranapkan kedaulatan Iraq hingga hari ini?

Perkara ini terbukti jelas bila Bush Jr mengakui bahawa beliau telah diberikan taklimat yang salah oleh Pentagon dan CIA. Beliau telah bertindak keatas Afghanistan dan Iraq berlandaskan maklumat yang kabur. Malangnya nasi sudah lama menjadi bubur. Bubur pula sudah lama menjadi najis. Dan Bush (samaada Sr or Jr), kedua-dua anak-beranak ini sepatutnya sudah lama dibicarakan dan dihukum bunuh kerana jenayah perang yang mereka cipta selain dari membawa 81 buah negara terbabit dalam jenayah kemanusiaan yang paling besar selepas Perang Dunia Kedua. Hari ini kedua-dua bapak dan anak (yg merupakan penjenayah dan tokoh pengganas dunia) ini masih bebas dan dimertabatkan sebagai Stateman oleh negara tunggangan yahudi itu.

PBB sebagai satu-satunya badan utama dunia sepatutnya bertindak berasaskan carta-carta yang tertulis dalam piagam besarnya itu. Tetapi nampaknya PBB semakin kehilangan wibawa. "Double Standard" adalah cukup ketara dalam badan itu. Diburukkan lagi ideologi-ideologi regionalisme, kokus-kokus ekonomi, 'grouping' seperti EU, G7, G20, NATO, tingkahlaku IMF dan lain-lain, PBB semakin layu dalam gengaman dan drama konspirasi barat. Bukan sekadar sudah kehilangan taringnya, malahan hampir keseluruhan giginya sudah rongak dan hanya meninggalkan gusi yang tua dan lebam. Bagaimana PBB mampu bertindak sebagai sebuah badan dunia yang relevan dan unggul? Mungkin masyarakat dunia harus mula memikirkan untuk menubuh sebuah badan dunia yang baru bagi menggantikan atau menyaingi PBB. Ini kerana sudah terlalu banyak kegagalan direkodkan oleh badan dunia itu.

Masyarakat antarabangsa perlu benar-benar sedar dan insaf. Keamanan dan keadilan sejagat merupakan hak asasi setiap penghuni didunia ini. Tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama, ideologi dan kewarganegaraan. Dalam Surah Al Hujurat Ayat 13, Allah Taala telah menegaskan bahawa kita semua berasal dari dua tubuh yang sama iaitu Adam dan Hawa. Dijadikan berbangsa-bangsa agar kita saling kenal-mengenal dan menjalinkan ukhuwah yang kukuh sebagai juraian anak-anak Adam. Dan darjat seseorang itu akan ditetapkan berasaskan nilai ketakwaan masing-masing.

Itulah hakikatnya. Bukan sebagaimana yang terjadi sekarang. Manusia menjadi terlalu perkauman. Zionisme dan Neocons merupakan fahaman perkauman yang melampaui batas-batas logik. Akibatnya mereka menjadi terlalu kufur dan membangkang kepada peringatan Allah Taala dengan sehabis-habis bangkangan. Dan PBB adalah kaldai yang menjadi tunggangan mereka kearah merealisasi cita-cita zionisme antarabangsa itu.

Demikianlah hakikatnya. AS, Britain, Peranchis, NATO, Belanda, Israel. Ramai lagi. Mereka ini tidak lebih dari golongan jahiliah modern yang bertujuan bukan sekadar untuk mengoyak-rabakkan uratnadi wilayah-wilayah yang wujud umat Islam didalamnya. Bukan juga sekadar untuk merampas sumber-sumber minyak, gas asli, candu mentah dan lain-lain. Yang paling utama ialah untuk mencabut akar umbi aqidah yang wujud dalam diri setiap manusia Muslim didunia ini. Hakikatnya, mereka bukan sekadar konspirator, samseng, pengganas atau terroris. Mereka ini adalah syaitan dalam bentuk manusia - yang cuba bersembunyi disebalik Teori Konspirasi yang mereka cipta. Mereka mahu umat Muslim menjadi kafir dan menyembah mereka.


KESIMPULAN

Oleh itu umat Islam wajib bangkit memperkukuhkan pendirian dan bersiap-sedia dengan segala kekuatan saintifik, teknologi, taktikal, unsur-unsur tangible dan intangible yang digembling demi memulih dan membina kembali kekuatan ummah yang semakin longlai. Kita mesti berdiri tegak dengan kegagahan mental dan fizikal. Kita wajib membenteras kezaliman serta ketidakadilan yang sudah melampaui batas pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan perancangan dan langkah yg cukup bijaksana. Bukan dengan hipokrasi dan korupsi. Bukan dengan kebodohan dan ketololan.

Sebagai langkah permulaan, umat Islam (termasuklah semua negara-negara Islam) hendaklah MEMULAUKAN semua barangan keluarani barat khususnya dari negara-negara sekutu NATO (sebanyak 28 negara kesemuanya) dan yahudi. Langkah kedua, JANGAN MELABUR dinegara-negara tersebut. Melaburlah dinegara-negara Islam atau negara-negara yang bersimpati kepada Islam. Langkah ketiga, jangan melancung kesana, kecuali untuk mendapatkan maklumat yg bernilai geopolitik dan geostrategik. Keempat, perkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam ikatan satu dunia Islam yang lebih luas dgn mengambilkira faktor kesepaduan ummah sebagai asas kekuatan strategik. Kelima, patuhilah peringatan Allah Taala dalam Surah Al Baqarah berhubung pembinaan kekuatan militer demi menggerunkan musuh kamu dan musuh Allah.





Thursday, April 14, 2011

13 MEI 1969

KISAH BERMULA. Ketika itu aku bersekolah di Segamat dan masih menumpang (di rumah Makcik Timah) di Jalan Hassan. Semua orang tahu (dan PERLU AMBIL TAHU jika belum tahu) apa itu 13 Mei 1969. Ia bukan suatu tarikh keramat. Sebaliknya ia merupakan tarikh dimana negara ini hampir-hampir kiamat gara-gara krisis perkauman yang agak melampaui batas. Dan pemerintah terpaksa mengistiharkan dharurat seluruh negara untuk menangani bencana ini. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Tun Razak untuk mengatur strategi bagi merungkai permasalahan dan isu perkauman di negara ini.

Antara strategi-strategi serta-merta dalam konteks perundangan ialah penguatkuasaan dan penyemakan Akta Hasutan 1948, penguatkuasaan Akta Mesin Cetak 1948, Akta Ketenteraman Awan 1958, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, Akta dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) diikuti dengan penggubalan Akta Senjata Api 1971, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Banyak lagi akta-akta yang dibabitkan dalam konteks ini. Mungkin inilah pertamakali pemerintah terpaksa membongkar sebanyak mungkin akta-akta yang selama ini menjadi makanan lipas dan cacing buku disamping merangka rang undang-undang baru untuk memastikan tragedi buruk ini tidak berulang lagi.

Itu dalam konteks perundangan. Pemerintah juga terpaksa mencipta banyak lagi strategi demi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan gabungan partai Perikatan mentadbir negara. Dalam konteks politik, seingat aku, Perikatan (simbol Kapal Layar) telah ditukar kepada Barisan Nasional (simbol dacing) dengan menyerapkan partai-partai pembangkang terkuat termasuk PAS, Gerakan, SUPP dan banyak lagi.

Ini mungkin taktik Tun Razak untuk meraih kembali pengaruh (dalam menyelesaikan krisis politik serta kegagalan Perikatan mendapat majoriti di Parlimen). Jika tidak, Perikatan akan kehilangan mandat penuh untuk memerintah negara ini. Jika keadaan dibiarkan meruncing (dan jika ditakdirkan Gerakan, PAS dan partai-partai lain tidak berminat menganggotai BN), BN tidak akan pernah wujud. Disamping itu, Perikatan mungkin tiada pilihan melainkan menubuhkan "kerajaan campuran" dengan pembangkang. Jika ini terjadi, senario dan lanskap politik negara mungkin tidak sebagaimana hari ini.

Dalam konteks keselamatan dalam negara, Angkatan Tentera dan Polis cuba dipermoden dan diperlengkapkan bagi memperhebatkan penghapusaan pengganas Partai Komunis Malaya (PKM). Militia PKM masih lagi bergiat aktif dikawasan-kawasan pedalam, banjaran Titiwangsa, hutan-hutan di sekitar hulu Perak, Pahang, Kelantan dan sempadan Siam. "Leaflet-leaflet" propaganda Marxis-Leninist dan Maoist masih lagi tersebar di Bentong, Batangkali, Ulu Yam, Ulu Kinta, Gopeng, Bukit Berapit dan Gua Musang. Di Bukit Kayu Hitam, Operasi Dhoyai-Musnah (operasi bersama tentera Malaysia-Thailand) terus diperhebatkan untuk memusnahkan anasir pengganas yang bersembunyi di kawasan sempadan. Sintok (lokasi UUM hari ini) menjadi pengkalan hadapan bagi tentera Malaysia beroperasi.

Dalam aspek sosial, MAGERAN dengan segera menjana pelbagai idea. RUKUNEGARA telah dirangka dan lagu MUHIBBAH telah dicipta dan dinyanyikan disekolah-sekolah. Aku masih ingat bagaimana melodi lagu tersebut (kerana kami diwajibkan menyanyikannya ditiap-tiap kali perhimpunan. Pertandingan RUKUNEGARA antara sekolah-sekolah turut dilaksanakan. Masih jelas dalam fikiranku bagaimana Rohaizat (sepupuku) yang mewakili sekolahnya (dikampongku) turut serta dalam pertandingan itu. Tapi beliau tewas (mungkin kerana anak kurang bersemangat sewaktu mengikrarkan RUKUNEGARA). Sebenarnya banyak lagi gimik-gimik yang telah dicipta oleh pemerintah dalam memulihkan kembali perpaduan kaum. Terlalu panjang. Akupun bukan boleh ingat semuanya!





































(Antara rangkuman-rangkuman peristiwa 13 Mei 1969 di kota-kota besar negara).

Hatta, diringkaskan riwayat, biarlah aku ceritakan apa yang terjadi sebelum tragedi berdarah itu tercetus. Waktu itu kempen pilihanraya umum sedang hebat berjalan. Musa Hitam (sekarang Tun..) adalah calon Parti Perikatan (sekarang BN) bagi Parlimen Segamat. Selain Musa, ramai lagi tokoh-tokoh lain yang turut berkempen. Antaranya, calon PAS, DAP dan Gerakan (waktu itu Gerakan merupakan parti pembangkang).

Sebelum meneruskan wacana, aku ingin berkongsi pandangan. Biarlah aku berterus-terang sahaja. Pada pendapatku, 13 Mei 1969 lebih merupakan suatu "wake-up call" bagi pemerintah dan masyarakat negara ini. Tidak kiralah siapapun yang naik memerintah, parti mana yang naik "takhta" atau bangsa apa yang sedang menyarung jersi "kuasa" politik negara. Yang penting, mereka kena faham bahawa negara ini ada bangsa yang jadi pemilik asal atau pemilik mutlaknya - iaitu BANGSA MELAYU. Bangsa Melayu (termasuklah semua jenis dan spesis MELAYU) adalah BUMIPUTRA bagi Tanah Melayu dan wilayahnya. Mahu tidak mahu, suka atau benci, MELAYU adalah TUAN TANAH kepada negara ini. Oleh bangsa-bangsa yang selain dari itu hendaklah belajar untuk menghormati TUAN RUMAH. Bak kata perpatah lama: adat berkampong di tempat orang, hukum kanun hendaklah dijunjung. Jangan sampai kaduk naik junjung. Jangan sampai telunjuk menjolok mata! Itu tidak beradab atau BIADAB namanya!

Oleh itu ada batas-batas yang harus dipatuhi atau dihormati oleh bangsa-bangsa lain keatas BANGSA MELAYU. Bangsa-bangsa lain, mereka telahpun memiliki tanahair masing-masing. Cina, India, Serani, Ceylon, Punjabi, Portugis dan bangsa-bangsa diasfora lain - semuanya ada tanah asalusul nenekmoyang mereka sendiri. Mereka boleh balik ke kampong halaman masing-masing sekiranya tidak mampu lagi bersumpah-setia dan tunduk kepada "ketuanan Melayu". Mereka berhak melakukan demikian dan tiada siapa akan melarang. Itu adalah lebih mulia dan terhormat dari memikirkan bagaimana caranya untuk "memiliknegarakan" negara ini dari bangsa Melayu sebagaimana yang telah dilakukan oleh regim Lee Kwan Yew. Sikap dan pemikiran yahudi-zionis seperti itu hendaklah diketepikan jika mereka ingin terus menjadi warganegara berasaskan "jus-soli".

Bangsa bukan Melayu adalah kaum pendatang. Mereka patut berterimakasih kerana kesudian bangsa Melayu menganugerahkan "jus-soli" buat mereka. Memberikan mereka ruang yang cukup luas untuk bertapak (hingga berharta, kaya-raya, berpengaruh, berkuasa dan mendominasi sektor ekonomi negara ini). Jika Melayu memberikan "jus limau", "jus mangga" atau "jus nenas", mungkin sudah lama mereka lesap dari mukabumi negara ini. Oleh itu, disebabkan memiliki sebahagian dari kuasa politik negara, mereka mudah lupa daratan. Mereka cepat bersikap angkuh dan takkabur. Mereka berani bangun menderhaka dari tunduk patuh pada "tuan tanah" yang serba miskin dan hidup terhimpit bagai pengemis jalanan.

13 Mei 1969 bukan sekadar sejarah silam. Tetapi ia mengandungi rahsia yang cukup mendalam dan bermakna. Rahsia yang perlu didalami dan dihayati oleh setiap generasi yang telah lahir atau bakal dilahirkan selagi negara ini wujud sebagai wilayah merdeka. Generasi yang telah berpeluang menyaksikan peristiwa ini cukup faham erti yang tersirat. Tetapi generasi yang tidak pernah berpeluang menyaksikannya akan terus tersisih dari memikirkan "hikmah"nya. Sebagai suatu bangsa yang merdeka, kita seharusnya cuba menilai semula hakikat kita sebagai sebuah negara.

Kita bukan lahir sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk. Sebaliknya ia telah diatur rapi oleh para penjajah terdahulu untuk memastikan agar negara ini tidak akan stabil apabila "dimerdekakan". Mereka sempat menanam benih-benih kehancuran dengan pelbagai taktik. Mereka membawa masuk orang-orang dari selatan Cina untuk bekerja di lombong-lombong bijih. Orang-orang India selatan diangkut secara pukal untuk menjadi kuli diladang-ladang getah atau membina jalan-jalan keretapi. Orang-orang Punjab diupah untuk menjadi askar bagi mengawal aset-aset serta kepentingan mereka. Walhal mereka tahu bahawa Tanah Melayu bukan kekurangan orang untuk diambil bekerja. Mereka sengaja melakukan ini agar Melayu tidak akan berupaya memonopoli kuasa politik dan sosioekonomi dalam negara ini.

Akhirnya mereka berjaya merealisasikan matlamat mereka itu. "Perlembagaan Kemerdekaan" digubal dengan penuh strategik. Antara syarat utamanya, kerakyatan "jus-soli" perlu diberi dan UMNO, MCA dan MIC hendaklah bersetuju dan bergabung menubuhkan kerajaan. Jika tidak, Tanah Melayu tidak akan dimerdekakan (?) Tanah Melayu pun "dimerdekakan" dalam keadaan yang penuh teka-teki.

Ini dapat dibuktikan apabila konflik kaum tercetus pada 13 Mei 1969. Sebenarnya ia telahpun bermula lebih awal dari itu. 13 Mei 1969 adalah pelengkap pada konflik tersebut. Jika Sungai Gombak dan Sungai Kelang dapat bersuara, mungkin kita akan terkejut entah berapa banyak bangkai-bangkai manusia yang dicampakkan kedalam sungai-sungai tersebut. Sukar untuk didokumentasikan lantaran kebanyakan saksi-saksi atau orang-orang yang terbabit telah terlalu tua untuk memerihalkan perbuatan mereka dan peristiwa-peristiwa yang telah dilalui. Mungkin ada yang sudah mati untuk sempat bercerita kepada anak-cucunya. Berapa ramai orang yang mereka bunuh? Dan mengapa mereka tiba-tiba jadi pembunuh - adalah terlalu sukar untuk dijawab. Ini krisis kaum. Satu dunia sudah tahu (betapa celakanya krisis perkauman).

Sebagai seorang budak kampong yang kurang memahami hujung-pangkal tragedi pada ketika itu, aku sekadar tahu dan cuba memahami konflik tersebut dari kacamata seorang budak sekolah rendah yang terlalu mentah dalam hal kenegaraan dan politik. Aku setakat merangkumkam apa yang dilihat, didengar dan dibaca sendiri. Selebihnya, aku mendapat maklumat dari "penganalisis-penganalisis politik warung kopi" yang tidak cukup otoritatif dan terjamin kesahannya. Maklumat juga muncul dalam bentuk yang agak bercelaru. Al-maklumlah, pada ketika itu kadar indeks butahuruf dikalangan rakyat memang tinggi. Di Kampong Tasek-Alai contohnya, aku lihat ramai rakan sebaya yang tidak kisah bersekolah. Tidaklah diketahui: samaada mereka sengaja ponteng atau memang orangtua mereka tidak ambil kisah tentang aspek pendidikan anak-anak!

Apabila berada di sekolah menengah, aku difahamkan bahawa punca tragedi 13 Mei ialah pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada ketika itu masih bergiat aktif di negara ini. Selain tindakan militer di pinggir-pinggir hutan dan kawasan pergunungan, mereka juga giat menyebarkan propaganda dan dakyah melalui helaian-helaian (leaflets). Aku sempat mencuri maklumat-maklumat ini dari suratkabar atau corong-corong radio. Seawal tingkatan 1 dan 2 aku sudah "kenal" siapa Rashid Maidin, Chin Peng dan ramai lagi pemuka-pemuka PKM. Aku juga terdedah dengan maklumat bahawa telah terjadi perpecahan dalam PKM apabila terdapat dua mazhab yang saling bersaing antara satu sama lain: kumpulan Marxis-Leninis dan gerombolan Maoist (Mao Tse Tung). Ini dibuktikan oleh propaganda-propaganda yang mereka sebarkan.

(Peta Modes Operandi Militia PKM disekitar tahun 1960an hingga akhir 80an)


(Inilah antara naskah-naskah yang sempat juga aku tatap di bangku sekolah dahulu. Naskah-naskah ini telah memerihalkan secara umum apa yang berlaku disebalik tabir 13 Mei 1969.)


Aku tidak pasti samaada hari ini masyarakat masih menghargai sejarah ini. Generasi muda terutamanya semakin buta terhadap fakta ini. Bagi mereka, 13 Mei 1969 sekadar isu perkauman yang terpinggir dan samasekali tidak signifikan untuk difikirkan. Bagi mereka, isu-isu utama ialah peluang pekerjaan, peluang bisnes, peluang meraih untung maksimum dan peluang menjadi selebriti tak rasmi. Lantas menyerahkannya bulat-bulat ke tangan politikus-politikus untuk merungkainya. Sedarkah mereka bahawa tindakan menyerahkan beban tanggungjawab kepada segolongan orang yang hanya pandai beropera (daripada menyelesaikan permasaalahan negara) adalah sesuatu yang cukup tidak bertanggungjawab? Apalah salahnya kalau mereka cuba memikirkan dan menjadikannya sebagai iktibar untuk masa hadapan agama, bangsa dan negara?

Dalam pada itu, ada juga suara-suara sumbang yang menghujahkan bahawa 13 Mei 1969 merupakan "Teori Konspirasi" garapan Tun Razak pada menumbangkan rejim Tunku Abdul Rahman dan mewujudkan dasar-dasar baru yang lebih memberi keuntungan kepada kaum peribumi. Suara-suara sumbang yang diterajui oleh golongan kiri ini cuma mempersoalkan dasar-dasar sosial dan dasar-dasar pembangunan Tun Razak yang lebih condong kepada sosialisme (bukan komunisme!) serta kawalan pusat (sentralisasi) yang bercanggah dengan kapitalisme atau ekonomi bebas. Pada akhirnya, mereka perlu akur bahawa dasar-dasar Tun Razak lebih nasionalistik berbanding Tunku Abdul Rahman dan rejim-rejim terkemudian. Ini kerana, sewaktu pemerintahan beliaulah banyak tercetus idea-idea pembangunan dan perpaduan sosial yang diterimapakai oleh pemerintah-pemerintah sesudah beliau. DPN (contohnya), dicetuskan oleh DEB. Akta Petroleum 1974 (misalnya) bertanggungjawab melahirkan PETRONAS.

Jelaslah bahawa pemikiran-pemikiran pembangunan Tun Razak amat luarbiasa dan cukup patriotik sifatnya. Jadi, bagaimana orang sanggup menuduh Tun sebagai seorang konspirator politik? Dan, apa yang telah diadaptasikan oleh beliau sepanjang hayat kepimpinannya itu (untuk negarabangsa Malaysia ini) adalah sukar untuk dinikmati  lagi oleh rakyat negara ini dalam jangkawaktu yang panjang. Ini kerana kualiti politikus-politikus yang muncul pada hari ini terlalu jauh darjatnya berbanding beliau. Umumnya, politikus-politikus hari ini cukup opportunistik dan terlalu meminggirkan aspek moral. Mereka mensasarkan kepentingan peribadi sebagai asas perjuangan politik masing-masing.

Politikus-politikus kontemporari. Matlamat akhir mereka ialah monopoli kuasa dan materialisme. Korupsi merupakan kaedah atau prosedur biasa untuk merebut kuasa dan mempertahankan pengaruh masing-masing. Fitnah, prasangka, sabotaj dan sentimen perkauman adalah pelengkap kepada semua itu. Umumnya, dibawah pra-sedar, mereka cuba menyuburkan kembali bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat yang sudah tersedia "fragile" (mudah pecah dan ranap) ini.
Demikianlah secebis kisah tentang 13 Mei 1969. Ws.