Monday, February 27, 2012

KISAH TOK TENANG DAN PAGARUYUNG

TIBA-TIBA seolah-olah TOK TENANG menjadi ikon kpd sekelompok masyarakat Melayu di negara ini. Terbaru, aku baru sahaja menatap sepintas lalu laman sesawang http://www.petemu.org.my/ yg memerihalkan tentang Tok Tenang dan keturunannya yg tersebar di banyak kawasan di Segamat. Terlalu banyak. Meliputi kampong-kampong kecil yg pernah aku diami atau setidak-tidaknya direntasi sewaktu aku muda-muda dulu. Kampong seperti Spinang, Berata, Tasik Alai, Batu Badak dan lain-lain disebut secara nyata. Apatah lagi Tenang. Dan, Bekok disebut sebagai salah satu dari wilayah yg telah dibuka oleh Tok Tenang antara lainnya.

Tok Tenang bukan orang lain dlm kehidupanku. Beliau ialah moyang kpd ibu dan ayahku. Sewaktu kecil, ibu kerap membawaku menziarahi pusaranya di Tenang Kampong. Yg paling identikal (pada ketika itu) ialah kedapatan pohon bidara dikawasan pusara itu. Sewaktu ibu membuat sesuatu di pusara, aku akan menyibukkan diri dgn mengutip buah bidara utk dibawa pulang ke Bekok petang nanti.

Kali terakhir aku menziarahi makam Tok Tenang ialah pada 21 Sep 2000. Sebenarnya itu cuma satu kebetulan lantaran menziarahi Bidan Lamah yg baru meninggal pada malam sebelumnya. Bidan Lamah berpangkat ibu saudara sepupu kpd kedua-dua orangtuaku (Nota: Ibu dan ayahku adalah sepupu). Selepas menziarahi beliau, kami ke kubur Tok Tenang sebentar utk menyedekahkan al-fatihah. Selain itu, dapatlah juga aku mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil dulu. Tapi pohon bidara sudah tidak kelihatan lagi. Kini kawasan itu lebih luas dan jumlah kubur semakin tersebar. Kubur-kubur lama yg menggunakan nisan dari batu-batu sungai pun masih tetap di kedudukannya. Agak identikal dgn beberapa kubur yg terdapat di kawasan perkuburan toknenek, ayah serta ibuku di Bekok. Nisan batu sungai dan jeram...

Sewaktu kecil aku (dibawa oleh ibu..) memang kerap ke Tenang kerana kebanyakan suku-sakat memang berkonsentrasi di situ. Ada yg mengerjakan sawah padi. Tapi kebanyakannya mengusahakan kebun getah sendiri. Ada yg mengambil keputusan menjadi warga Felda (di Felda Tenang). Bergantung pada keupayaan dan inisiatif diri-sendiri. Tapi keluarga yg (langsung) lebih rapat ke sebelah ayah dan ibuku kebanyakannya bertaburan di Batu Badak, Gemereh, Tasek Alai dan lain-lain. Ada yg tersasar ke Tongkang Pechah, Batu Pahat dan Kahang di Kluang. Ada juga yg jauh merantau ke selatan seperti Simpang Renggam dan Johor Bahru. Masing-masing kian terpisah lantaran tekanan hidup serta perubahan waktu yg bakal memberi tekanan baru kpd kehidupan itu sendiri.

Tok Tenang sudah lama pergi. Hari ini kubur beliau menjadi salah satu arkib dibawah Muzium Negara. Dalam diskripsi yg terpasang pada dinding kubur beliau dicatatkan sedikit sebanyak tentang beliau. Membuka wilayah Tenang pada tahun 1800 dan meninggal pada tahun 1860 pada usia 112 tahun. Nama yg tercatat di inskripsi itu ialah Hj Mohamad Kamarul Ariffin Alaudin. Dalam laman http://www.petemu.org.my/, beliau dicatat sebagai Syed Kamarul Ariffin bin Syed Allauddin dari Pagaruyung.

Kebimbangan aku ialah sikap manusia yg mudah bertaut dgn ideologi feudal yg gemar membesar-besarkan darjat dan keturunan sendiri. Manusia ini sama sahaja. Tiada yg lebih tinggi darjatnya dari yg lain kecuali ketakwaan. Ketaksuban kpd keturunan sendiri dan salasilah terdahulu terkadang boleh menjurus kpd ekstrimisme. Benar, mungkin anda keturunan aristokrat kasta tertinggi, raja, tengku, syed atau seangkatan dgn itu. Jadi, apa...? Soalnya, Allah Taala tidak melihat kpd darjat. Yg dilihatNya ialah kualiti iman dan Islam didalam dada masing-masing. Adakan mereka benar-benar manusia yg baik dan mulia? Atau, sama seperti syaitan dan iblis yg kafir kpd Allah Taala?

Hari ini kita harus menerima kenyataan. Tidak dinafikan bahawa keturunan memang amat penting. Malah Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan kita menelusuri salasilah keturunan kita melalui pesanannya: “Belajarlah berkenaan nasab keturunan kamu yang dengannya berhubung silaturrahim. Maka sesungguhnya silaturrahim menambahkan perasaan kasih terhadap keluarga, membanyakkan harta, dan memanjangkan umur" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Hurairah Radhiallah ‘Anhu). Tetapi konteks yg ingin disampaikan oleh baginda cukup mendalam dan holistik. Jangan sampai kita dikelirukan oleh ideologi nepotisme atau semangat assabiyah yg sesat. Rasul menekankan tentang silaturrahim dan pengukuhan kasih sayang dlm satu ruanglingkup kekeluargaan yg besar dan indah agar Islam itu bertambah kukuh dan sentiasa mantap. Bukan semangat persaingan atau segregasi apatahlagi sikap berpecah-belah.

Sedikit tentang Kerajaan Pagaruyung. Menurut catatan sejarah, kerajaan ini wujud pada tahun 1347. Pada abad ke 17, pengaruh Islam telah berkembang dan memperlihatkan lahirnya kesultanan Islam Pagaruyung. Sultan yang pertama ialah Sultan Alif/Sultan Ahmadsyah (putera Sultan Khalifatullah Indramasyah) yg memerintah dari 1668-1674. Beliau diganti oleh Sultan Indermasyah (Raja Alam Minangkabau) yg memerintah dari 1674-1730. Sultan Indermasyah pula telah digantikan oleh anaknya Sultan Arifin Muningsyah (Raja Alam Muningsyah - lahir: 1745) yg memerintah dari 1780-1821. Selepas itu kesultanan ini terbabit dgn perlbagai siri konflik dalaman dan luaran disamping pemerintahan yg lemah. Pemerintahan ini runtuh apabila  Sultan Tangkal Alam Bagagar ditangkap oleh penjajah Belanda pada tanggal 2 Mei 1833 dan dibuang ke Batawi. Baginda meninggal pada 12 Feb 1848 (usia 60 tahun).

Jika dilihat pada tarikh tumbangnya kerajaan itu (iaitu 1831 berbanding dgn pembukaan Tenang oleh Hj Muhamad Kamarul Ariffin/Syed Kamarul Ariffin pada 1800), ia jelas memperlihatkan bahawa Tok Tenang mungkin seangkatan dengan Sultan Arifin Muningsyah (Raja Alam Muningsyah) yg memerintah dari 1780-1821. Ini jika diasaskan pada perbandingan tempoh waktu. Jadi, mungkinkah Tok Tenang merupakan salah seorang dari putera Sultan Alif/Sultan Ahmadsyah (raja pertama kesultanan Pagaruyung)..? Dan, beliau adalah adik beradik dengan Sultan Arifin Muningsyah (raja kedua kesultanan Pagaruyung)..? Ini memerlukan pengesahan.

Tok Tenang sudahpun lama meninggalkan Pagaruyung dan mengembangkan sayapnya sendiri di wilayah Segamat dan daerah-daerah persekitaran. Faktor mengapa beliau meninggalkan wilayah Pagaruyung memang sukar utk dijawab dgn tepat. Selain dari sikap manusia yg gemar mengembara dan melakukan penerokaan, mungkinkah ada sebab-sebab politik dalaman dan luaran yg perlu dikaji? Perebutan utk naik takhta bukanlah suatu isu yg lekeh. Tentu ada yg kecundang kalau tiada yg mahu beralah. Mungkinkah krisis politik yg telah membawa Tok Tenang berundur ke Semenanjung membuka wilayahnya sediri di Bekok dan Segamat? Mungkinkah beliau mahu menyampaikan mesej bahawa kegilaan kpd kuasa politik hanya akan menjahanamkan diri sendiri semata-mata? Buktinya, kerajaan Pagaruyung akhirnya tumbang jauh lebih awal dari usia kewafatan Tok Tenang sendiri..!

Hari ini aku tidak boleh berbangga dengan kisah silam salasilah keturunanku itu. Ya, aku ini memang generasi ke-4 dari Tok Tenang dan ke-7 (atau 8..?) dari kerajaan Pagaruyung (seperti riwayat nenekku dulu..). Jadi, apa...? Apa yg boleh dituntut dgn status itu? Sebuah mukim? Sebuah negeri? Sebuah negara? Sebuah kampong? Atau, memadai dengan sebuah kebenaran dan realiti yg berpijak pada bumi yg nyata...?

Bagi rakan dan taulan yg diluar sana yg masih taksud dgn jejak keturunan sendiri yg berasaskan kesedaran feudal yg bersalut fahaman aristokrasi, sedar-sedarlah diri. Pulang ke pangkal jalan. Berpijaklah dibumi yg nyata. Jika kita bangkit dgn maksud utk memperkukuh ukhuwah Islamiah, itu bertepatan sekali. Tapi jika kita bangun utk memperjuangkan status quo, mentaliti feudal  dan politik sempit, sila lupakan... Hari ini kita memerlukan lebih dari sekadar rangkuman kukuh utk menentang paradigma yg menyempit dan merosakkan silaturrahim antara sesama umat Melayu ...!

Biarkanlah TOK TENANG tenang diperaduannya... Ws.

22 comments:

  1. Asalamualaikum wrt
    Jika mengikut tarikh lahir maka Tok Tenanglah Sultan Arifin Muningsyah...
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam....

    Saya tidak akan menyangkal perkara ini sekiranya disokong oleh fakta sejarah yg sahih. Ada kemungkinan beliau ialah generasi kedua kesultanan Pagaruyung jika dilihat pada ruangwaktu beliau mewujudkan permukiman Tenang (th 1800...ada yg mencatatkan 1806). Mungkin juga beliau adalah anak kpd sultan Pagaruyung yg pertama (sejak wujud sebagai empayar kesultanan Islam....sebelum itu sudah wujud Payaruyung tapi diperintah oleh raja2 yg tidak Islam...).

    Perkara ini memang menarik utk diujikaji. Apakah faktor yg menyebabkan Tuan Hj Ariffin lari dari wilayah Pagaruyung lalu membangunkan sebuah penempatan baru di kawasan hulu Labis diselatan Segamat? Mengapa tidak beliau membentuk sebuah kerajaan & menjadikan kawasan Tenang sebagai sebuah wilayah bertaraf NEGERI (kalau bukan NEGARA..)? Mengapa tidak beliau mengekalkan gelaran diraja (...sekiranya benar beliau berketurunan raja Pagaruyung..) & mengekalkan kuasa politik merupakan isu yg amat menarik utk dikupas...

    Harapan saya ialah, biarlah kita jujur (serta bermaksud jujur...) dlm mengupas SEJARAH Tok Tenang..agar ia tidak disalahgunakan orang utk maksud yg tidak wajar.. Ws

    ReplyDelete
  3. Namun jika berasaskan catatan sejarah, Sultan Ariffin Muningsyah meninggal pada usia 80 pada 1825 dan dikebumikan di Pagaruyung. Sedangkan Tok Tenang meninggal pada usia 112 pada tahun 1860 dan dikebumikan di Kampong Tenang, Labis. Kedua-duanya ada fakta sejarah. Selain dari nama penuh yg berbeza, faktor gelaran "syed" juga telah menambahkan perbezaan tersebut. Kedua-dua watak ini adalah identikal (memiliki identiti yg tersendiri). Jika kita meletakkan teori bahawa Tok Tenang adalah Sultan Ariffin, ini bererti catatan sejarah perlu dirombak. Kemungkinan "kematian" yg dicatatkan pada 1825 itu hanya satu taktik utk beliau menghindarkan diri dari tanah Pagaruyung buat selama-lamanya. Kecuali jika dapat dibuktikan bahawa kuburan beliau memang ada di Pagaruyung.

    Tetapi jika dilihat pada catatan umur, memang terdapat "keserasian" fakta. Sultan Ariffin "meninggal" pada 1825 (= 80 tahun) manakala Tok Tenang pada 1860 (= 112 tahun - anggaran pada catatan ..). Tidak jauh beza. Namun apa yg membezakan mereka ialah nama bapa masing-masing. Tok Tenang berbapakan Syed Allaudin. Sedangkan Sultan Ariffin berbapakan Sultan Indermasyah. Tetapi memandangkan di zaman itu orang (terutamanya golongan aristokrat...) gemar memakai pelbagai gelaran, jadi ada kemungkinan bahawa Sultan Ariffin melarikan diri dari bumi Minangkabau yg sudah terlalu bergolak dlm konteks geopolitik - lantas beliau memutuskan utk berhijrah ke wilayah baru yg lebih tenang & menukar gelaran kpd Tok Tenang demi menutupi sejarah keruntuhan sebuah kerajaan yg pernah wujud selama 478 tahun (1347–1825).

    ReplyDelete
  4. Boleh hubungi sy...0106033336..krn nama terakhir adalah dato tenang...boleh kte sembang?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....Insyaallah. Saudara berminat dgn kisah Tok Tenang? Mungkin kita boleh berkongsi maklumat kalau saudara ada maklumat lanjut berhubung Tok Tenang... Raya tahun 2013 saya ada singgah di makam beliau. Kini di makam itu tidak lagi tercatat maklumat yg ada kaitan dgn Arkib Negara atau sebarang muzium. Dlm ertikata lain, ia mungkin sudah terkeluar dari senarai daftar sejarah negara...kali terakhir daftar itu wujud ialah tahun 2000 sewaktu saya menziarah makam itu dgn arwah ibu saya...

      Boleh juga kita berinteraksi di akaun facebook... Insyaallah

      Delete
    2. Boleh kita berbincang no tel 0108711772

      Delete
  5. Boleh hubungi sy...0106033336..krn nama terakhir adalah dato tenang...boleh kte sembang?...

    ReplyDelete
  6. Boleh hubungi sy...0106033336..krn nama terakhir adalah dato tenang...boleh kte sembang?...

    ReplyDelete
  7. Sy ialah raden wijaya lakstri..pewaris kesultanan pagaruyung

    ReplyDelete
  8. Salam. Ini suatu perkara yg menarik...dimana saudara berada sekarang? Mungkin kita boleh bertemu dan bertukar-tukar maklumat berhubung sejarah ini. Selamat berpuasa. Wassalam.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. saya sedang mencari asal usul tok tenang.. saya merupakan keluarga tok tenang (keturunan daripada adik beradik alhamrum) bole sy dptkn no fon en?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul...Kamu ada salasilah Dari Kamu sampi tok tenang atau tok tenang ke atas....ini no sy 0133991018 (Shah)

      Delete
    2. Assalamualaikum, utk makluman setiap 22 ramadhan, kami adakan sambutan pembukaan kampung tenang...sila lapangkan masa & hadir utk rapatkan ukhwah...sambutan dibuat di masjid kg tenang...jemput semua

      Delete
  10. Tok Tenang tak nak namanya dibangga banggakan la

    ReplyDelete
  11. Tok Tenang tak nak namanya dibangga banggakan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemegang amanah juga tidak dikembali ramai

      Delete
  12. Saya tiada kaitan dengan Tok Tenang tapi saya minat membaca kisahnya..

    ReplyDelete
  13. Saya keturunan tok tenang, asal sepinang segamat.. yg komen2 di atas merupakan saudara mara saya yh tidak saya pernah kenali.. semuga semua sihat

    ReplyDelete
  14. Saya mewakili keturuanan Tok Tenang dan mwrupakan lapisan ke 7 darinya.
    Apa yang boleh saya sisipkan perasaan di sini...saya berasa sangat tenang dan mungkin gembira juga apabila banyak catatan dan kisah perkembangan ttg Tok Tenang dan warisnya boleh dikatakan daerah Muar hampir tak wujud. Sedangkan di situ jugalah warisnya berkembang dgn tenang tanpa memegahkan tetang nasab. Hingga kini dr Muar teruslah berkwmbang ke kota tinggi dan johor baharu...
    Pernah sekali ayahku yg dibesarkan sebagai yatim piatu mendengus," usah disebut soal keuturunan, mereka itu jadi sombong belaka!"
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  15. Generasi muda nk tahu ttg sejarah ini. Suka gunakan proksi agama

    ReplyDelete